Malaysia legislation

Section 3

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969

Seksyen 3

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau

(a)

untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan sosial berkenaan dengan—

(i)

pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan; dan

(ii)

perladangan campuran;

(b)

berkhidmat suatu pusat bagi mengumpul dan menyebarkan maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara sains, teknik dan ekonomi yang berhubungan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan melalui apa jua cara termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya, dan mengelolakan pameran, persidangan, syarah dan seminar;

(c)

menjadi sebagai suatu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan, seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan makmal analisis, jaminan kualiti dan perkhidmatan penyelidikan dan pemajuan kontrak;

(d)

memberi latihan dalam apa jua cara bagi kemajuan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan;

(e)

memberikan bantuan bagi maksud penyelidikan dan pemajuan dari segi sains, teknik dan ekonomi jenis jati dan gunaan berkenaan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan;

(f)

sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhan lain, sama ada awam atau persendirian, dalam negeri atau luar negeri yang mengambil bahagian dalam penyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan 011b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia 7

sosial berkenaan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan;

(g)

menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial;

(h)

membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan dapatan penyelidikan; dan

(i)

memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan.

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut

Section 3 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969