Malaysia legislation

Section 4

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969

Seksyen 4

MARDI (di bawah ini disebut “Institut”) ditubuhkan dan fungsinya ialah—

(1)

Bagi maksud Akta ini hendaklah ada seorang Ketua

Pengarah Institut dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah yang perlu, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah masing-masing dilantik selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka dan layak dilantik semula.

(3)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah dilantik atas apa-apa syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(4)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1); dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian itu boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Kerja

Institut dan hendaklah dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah pada menjalankan kuasa dan kewajipannya berkenaan dengan fungsi pentadbiran dan teknik Institut; dengan syarat, walau bagaimanapun, Lembaga sebagaimana yang ditubuhkan di bawah ini boleh menetapkan kuasa dan kewajipan lain yang difikirkannya patut bagi Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua

Pengarah.

(6)

Jika dalam sesuatu tempoh Ketua Pengarah tidak berupaya menjalankan fungsi jawatannya kerana sesuatu sebab atau, jika jawatan Ketua Pengarah menjadi kosong, Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Ketua Pengarah bagi menjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan Ketua Pengarah sehingga seorang Ketua Pengarah baru dilantik di bawah subseksyen (1).

Section 4 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969