Malaysia legislation

Section 14

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 14

Institut boleh menubuhkan jawatankuasa

(2)

Institut boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana daripada anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, mana-mana jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Institut.

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu di bawah subseksyen (5) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 19

(7)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(8)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Institut.

(9)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Institut.

Section 14 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016