Malaysia legislation

Section 15

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 15

(2)

Institut hendaklah meletakhakkan kepada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal Institut;

(b)

penyediaan program, skim, projek dan aktiviti untuk dipertimbangkan oleh Institut;

(c)

pelaksanaan semua program, skim, projek dan aktiviti

Institut;

(d)

memastikan Institut diberitahu sepenuhnya mengenai kemajuan program, skim, projek dan aktiviti Institut;

(e)

pengeluaran garis panduan dasar dan penjelasan keputusan

Institut kepada pegawai dan pekhidmat Institut;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 782

(f)

melaksanakan keputusan dasar Institut; dan

(g)

pengawalseliaan dan kawalan ke atas pelaksanaan keputusan

Institut.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Institut.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Institut.

(6)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Institut.

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah

Section 15 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016