Malaysia legislation

Section 23

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 23

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Institut.

(3)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri bagi maksud Akta ini;

(b)

wang yang dikutip di bawah seksyen 29;

(c)

wang yang diagihkan sebagai dividen daripada syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;

(d)

fi, royalti dan balasan lain di bawah seksyen 31 dan 37

dan wang yang diperoleh daripada apa-apa hak harta intelek, syer, ekuiti dan perjanjian pelesenan;

(e)

wang yang diperoleh daripada fi kemasukan dan apa-apa fi atau caj lain bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Institut dan penggunaan kemudahannya di bawah seksyen 32;

(f)

wang yang dipinjam oleh Institut di bawah seksyen 33;

(g)

wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa program, skim, projek atau aktiviti yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(h)

wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa jualan, pelupusan, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur atau apa-apa urusan lain dengan mana-mana harta, yang diperoleh atau yang terletak hak pada Institut;

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 23

(i)

wang daripada mana-mana sumber, sumbangan, endowmen, hadiah atau bekues sebagaimana yang dibuat kepada atau berpihak kepada Institut;

(j)

derma dan sumbangan yang diterima daripada mana-mana kerajaan, badan atau organisasi di dalam atau di luar

Malaysia; dan

(k)

semua wang, jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Institut berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya dan kuasanya.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Section 23 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016