Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Institut, termasuk—
(i)
elaun dan belanja lain anggota Institut atau mana-mana jawatankuasanya;
(ii)
saraan pegawai dan pekhidmat Institut, termasuk pemberian pinjaman, biasiswa dan pendahuluan, faedah persaraan, ganjaran dan elaun;
(iii)
perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat
Institut;
(iv)
kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Institut;
dan
(v)
membayar apa-apa belanja, kos dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman, dan fi dan kos lain;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 782
(b)
membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;
(c)
memberikan wang kepada mana-mana badan atau organisasi yang difikirkan suai manfaat oleh Institut untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, projek pembangunan atau aktiviti publisiti;
(d)
menyumbang kepada mana-mana badan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam pembangunan hutan dan industri berasaskan hutan;
(e)
membiayai apa-apa biasiswa bagi pengajian tinggi, zamalah pembantu penyelidik, pemberian saintis, fellowship, pingat, hadiah dan bentuk kepujian lain, award atau bantuan bagi pegawai dan pekhidmat Institut yang sedang berkhidmat atau bakal berkhidmat;
(f)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh
Institut dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(g)
memenuhi belanja yang ditanggung oleh Institut dalam penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Institut;
(h)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja atau pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(i)
memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;
(j)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 33 dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
dan
(k)
secara amnya, membayar apa-apa belanja untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 25
Pemeliharaan Kumpulan Wang