Malaysia legislation

Section 4

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 4

Fungsi Institut adalah—

(a)

untuk melaksanakan dasar mengenai program penyelidikan dan pembangunan bagi menjamin pertumbuhan dan kemampanan hutan dan industri berasaskan hutan;

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 11

(b)

untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan mengenai pelbagai peranan dan fungsi hutan, termasuk legeh, bioteknologi, kepelbagaian biologi dan penggunaannya secara mampan, pemuliharaan, ekopelancongan, penghijauan kawasan, kesan bahan pencemar dan perubahan iklim, sesuai dengan pendekatan yang rasional dan holistik bagi pembangunan hutan yang mampan dan mesra alam;

(c)

untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan, mengusahakan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi membangunkan dan menggunakan secara berkesan dapatan penyelidikan itu demi kepentingan pembangunan industri berasaskan hutan;

(d)

untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan mengenai pembangunan hutan termasuk pengeluaran, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan hasil hutan, dan bidang lain yang sesuai dengan pembangunan berterusan sektor perhutanan dan pemuliharaan asas sumber;

(e)

untuk mendapatkan, apabila kepentingan awam atau kepentingan pembangunan hutan dan industri berasaskan hutan berkehendakkan sedemikian, pembangunan dan kemajuan dapatan penyelidikan yang didapati oleh

Institut masih belum dibangunkan atau diteroka atau dibangunkan atau diteroka dengan cukup;

(f)

untuk mengawal, menyelaraskan dan memantau aktiviti mana-mana orang yang mengusahakan program penyelidikan dan pembangunan dan apa-apa program, skim, projek dan aktiviti lain yang dibiayai keseluruhan atau terutamanya daripada Kumpulan Wang;

(g)

untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, pakar runding dan apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan hutan dan industri berasaskan hutan kepada mana-mana kerajaan, badan atau organisasi di dalam dan di luar

Malaysia;

(h)

untuk mentadbir dan mengurus Kumpulan Wang;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 782

(i)

untuk memungut, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan dapatan penyelidikan, pembangunan hutan, hasil hutan dan penggunaannya melalui penyiaran atau menaja penerbitan berkala, jurnal, buku, buku kecil dan apa-apa cara lain yang ada;

(j)

untuk menyediakan kursus pengajian dan program latihan dalam bidang perhutanan atau apa-apa bidang lain yang berkaitan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar untuk pendidikan;

(k)

untuk bertindak sebagai suatu badan pengujian dan suatu badan pensijilan bagi hasil hutan apabila diakreditasikan sebagai badan penilaian pematuhan di bawah Akta

Standard Malaysia 1996 [Akta 549] atau diakreditasikan oleh mana-mana badan akreditasi lain di luar Malaysia;

(l)

untuk berhubung, menyelaraskan dan bekerjasama dengan

Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri dan apa-apa badan dan organisasi lain dalam program penyelidikan dan pembangunan demi kepentingan hutan dan industri berasaskan hutan termasuk menjadi anggota apa-apa badan atau organisasi di dalam dan di luar

Malaysia; dan

(m)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Institut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Institut

Section 4 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016