Malaysia legislation

Section 3

of AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016

Seksyen 3

(2)

Pertukaran nama di bawah subseksyen (1) tidak boleh menyentuh identiti Institut atau apa-apa hak atau obligasi Institut atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap Institut, dan apa-apa prosiding undang-undang yang telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Institut atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya atas namanya yang baharu.

(3)

Institut hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dan terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Institut.

(5)

Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Fungsi Institut

Section 3 — AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016