Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 11

Menurap, dsb., jalan persendirian

(2)

Pada membahagikan kosnya yang dianggarkan antara pemunya bidang hadapan atau pemaju, pihak berkuasa tempatan boleh memberi pertimbangan kepada mana-mana atau segala faktor berikut:

(a)

bidang hadapan premis mereka masing-masing;

(b)

luas premis mereka masing-masing;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(c)

takat faedah yang akan didapati oleh premis itu dengan pembinaan kerja jalan itu;

(d)

amaun dan nilai kerja jalan yang telah pun dilaksanakan oleh mana-mana pemunya bidang hadapan atau pemaju;

(e)

bayaran yang munasabah mengenai pengukuran, pengawasan dan penyiaran dan penyampaian notis-notis;

dan

(f)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan adalah berkaitan dan patut dipertimbangkan.

Pelan, dsb., hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh atau bagi pihak sesiapa jua yang telah disampaikan notis

(3)

Dalam masa satu bulan daripada tarikh dikeluarkan untuk penyampaian notis yang tersebut dalam subseksyen (1), pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara tersebut hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh atau bagi pihak sesiapa yang telah disampaikan notis itu dan oleh atau bagi pihak pemunya mana-mana bangunan atau pegangan yang disenaraikan di pejabat pihak berkuasa tempatan; dan notis itu hendaklah menyatakan—

(a)

bahawa pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara itu adalah terbuka sedemikian untuk diperiksa seperti tersebut di atas semasa waktu pejabat biasa sehingga suatu hari (tidak kurang daripada satu bulan daripada tarikh dikeluarkan untuk penyampaian notis itu) bila pihak berkuasa tempatan akan menimbangkan apa-apa bantahan terhadap kerja jalan yang dicadangkan itu atau terhadap pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara atau apa-apa pindaannya; dan

(b)

bahawa jika sekiranya tidak dipatuhi kehendak pihak berkuasa tempatan sebagaimana dinyatakan dalam notis itu, pihak berkuasa tempatan sendiri akan mengarahkan supaya kerja jalan itu dilaksanakan.

Jalan, Parit dan Bangunan 31

Pihak berkuasa tempatan boleh meminda pelan, dsb., bagi mana-mana kerja jalan

(4)

Pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa meminda pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara bagi mana-mana kerja jalan, tetapi jika oleh sebab sesuatu pindaan itu anggaran mengenai mana-mana jalan persendirian atau mana-mana bahagiannya ditambah atau pembahagian sementara kos kerja jalan itu atas mana-mana premis ditambah, notis yang telah disampaikan dahulunya hendaklah ditarik balik oleh pihak berkuasa tempatan itu dan notis baharu berasaskan pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara yang dipinda atau mana-mana daripadanya hendaklah disampaikan oleh pihak berkuasa tempatan itu mengikut peruntukan subseksyen (1) dan pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara yang dipinda itu hendaklah terbuka sedemikian itu juga untuk diperiksa.

Pemunya bidang hadapan boleh membantah pelaksanaan kerja jalan yang dicadangkan dan juga pelan, dsb.

(5)

Dalam masa satu bulan yang tersebut dalam subseksyen (3)

pemunya bidang hadapan atau pemaju yang ditunjukkan dalam pembahagian sementara itu atau pembahagian sementara yang dipinda itu sebagai bertanggungan membayar apa-apa bahagian daripada belanja melaksanakan kerja jalan itu boleh, dengan notis secara bertulis yang disampaikan dengan sempurna kepada pihak berkuasa tempatan, membantah terhadap kerja jalan yang dicadangkan itu dan terhadap pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara atau terhadap mana-mana satu atau lebih daripadanya atau terhadap mana-mana pindaannya menurut subseksyen (4) atas mana-mana satu atau lebih daripada alasan yang berikut:

(a)

bahawa jalan persendirian atau bahagiannya yang dikatakan itu bukanlah atau tidaklah menjadi sebahagian daripada sesuatu jalan dalam erti Akta ini;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(b)

bahawa jalan persendirian atau bahagiannya yang dikatakan itu adalah (kesemua atau sebahagiannya) suatu jalan awam;

(c)

bahawa ada sesuatu perkara material yang tidak mengikut peraturan, sesuatu kecacatan atau kesilapan dalam, atau mengenai, keputusan, notis, pelan, penentuan, anggaran atau pembahagian sementara atau pindaannya;

(d)

bahawa kerja jalan yang dicadangkan itu adalah tidak mencukupi atau tidak munasabah atau bahawa belanja sebagaimana dianggarkan itu adalah berlebihan;

(e)

bahawa sesuatu premis patut dikecualikan daripada pembahagian sementara itu atau disenaraikan dalamnya;

(f)

bahawa pembahagian sementara itu atau pembahagian sementara yang dipinda itu adalah tidak betul mengenai sesuatu perkara fakta yang akan dinyatakan dalam bantahan itu atau (jika pembahagian sementara itu adalah dibuat berhubungan dengan pertimbangan lain yang lain daripada bidang hadapan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen ini) mengenai takat faedah yang didapati oleh mana-mana orang atau amaun dan nilai mana-mana kerja jalan yang telah pun dilaksanakan oleh pemunya atau penduduk sesuatu premis.

Bantahan

(6)

Selepas bantahan yang dibuat dengan sempurna di bawah subseksyen (5) disiasat dan selepas orang yang membuatnya diberi peluang untuk didengar, pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, mengesahkan atau meminda pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara itu.

(7)

Pelan, penentuan, anggaran dan pembahagian sementara yang disahkan atau dipinda sedemikian hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang yang disebutkan dalam subseksyen (3) atau (4) dalam masa

Jalan, Parit dan Bangunan 33

waktu biasa pejabat di pejabat pihak berkuasa tempatan dan suatu notis menyatakan bahawa ia adalah terbuka untuk diperiksa hendaklah disiarkan dengan apa-apa cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.

(8)

Tiada apa-apa bantahan boleh dibuat terhadap suruhan, anggaran atau pembahagian yang dipinda itu.

Bila pihak berkuasa tempatan boleh melaksanakan kerja

(9)

Jika kerja jalan itu—

(a)

tidak dimulakan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1);

(b)

tidak dimulakan dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh pengesahan atau pindaan itu di bawah subseksyen (6); atau

(c)

setelah dimulakan, kemudiannya digantung atau tidak siap dalam tempoh yang ditentukan dalam notis di bawah subseksyen (1) atau dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pengesahan atau pindaan di bawah subseksyen (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, pihak berkuasa tempatan boleh, jika difikirkan patut, mengarahkan supaya kerja jalan itu dilaksanakan dan disiapkan.

Pembahagian akhir apabila siap kerja

(10)

Apabila kerja jalan telah disiapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan kosnya ditentukan, pihak berkuasa tempatan hendaklah mengarahkan supaya suatu pembahagian akhir bagi kos kerja jalan itu dibuat dengan membahagikan belanja itu mengikut kadar yang sama seperti kadar dengan mana belanja yang dianggarkan telah dibahagi dalam pembahagian sementara atau dalam pembahagian sementara yang dipinda itu (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan pembahagian akhir itu hendaklah menjadi muktamad bagi semua

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

maksud dan notis pembahagian akhir itu hendaklah disampaikan kepada orang yang mana adalah pemunya bidang hadapan pada masa siapnya kerja yang terlibat olehnya atau pemaju atau kedua-duanya, dan jumlah wang yang dengan demikian itu dibahagikan boleh dituntut dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Takat tanggungan pemunya apabila belanja dilebihi

(11)

Jika belanja yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan pada melaksanakan kerja jalan sebagaimana ditunjukkan dalam pembahagian akhir itu melebihi belanja yang dianggarkan sebagaimana ditunjukkan dalam pembahagian sementara atau pembahagian sementara yang dipinda (mengikut mana-mana yang berkenaan) pemunya bidang hadapan atau pemaju yang terlibat tidaklah bertanggungan membayar bahagian belanja sebagaimana yang ditunjukkan dalam pembahagian akhir itu yang lebih daripada suatu jumlah yang sama banyaknya dengan anggaran yang ditunjukkan dalam pembahagian sementara tersebut campur sepuluh peratus daripadanya.

(12)

(a)

Pihak berkuasa tempatan boleh, daripada mengenakan bayaran ke atas pemunya bidang hadapan atau pemaju, membayar kesemua atau sebahagian daripada kos kerja jalan itu dan boleh mengecualikan mana-mana premis atau kelas premis daripada membayar kesemua atau sebahagian daripada kos yang dibahagikan kepada premis atau kelas premis itu.

(b)

Jika pihak berkuasa tempatan mengecualikan mana-mana premis atau kelas premis daripada membayar kesemua atau sebahagian daripada kos yang dibahagikan itu, pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar jumlah wang yang dibahagikan kepada premis atau kelas premis itu seolah-olah ia adalah pemunya premis atau kelas premis itu.

(13)

Bagi maksud seksyen ini “pemaju” ertinya pemaju bagi tanah kepunyaan orang yang akan menjadi pemunya bidang hadapan.

Jalan, Parit dan Bangunan 35

Pengisytiharan jalan awam

Section 11 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my