Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 12

Pembahagian kos

(a)

mengenai kerja jalan yang dilaksanakan di bawah seksyen 11

daripada beberapa orang pemunya bidang hadapan yang disenaraikan dalam pembahagian akhir yang bersesama mempunyai suatu nilai tahunan lebih daripada lima puluh peratus dari jumlah nilai tahunan premis yang disenaraikan sedemikian; atau

(b)

mengenai kerja jalan yang lain daripada beberapa orang pemunya bidang hadapan bagi jalan persendirian atau sebahagian daripada jalan persendirian yang bersesama mempunyai suatu nilai tahunan lebih daripada lima puluh peratus dari jumlah nilai tahunan premis yang berhadapan, bersampingan, bersempadanan dengan atau (walaupun tidak sebenarnya berhadapan, bersampingan atau bersempadanan sedemikian) bersebelahan atau mempunyai tempat lalu ke sesuatu jalan persendirian itu atau ke sebahagian daripada jalan persendirian itu mengikut mana-mana yang berkenaan, menghendaki supaya jalan persendirian itu atau sebahagian daripada jalan persendirian itu diisytiharkan sebagai suatu jalan awam, pihak berkuasa tempatan hendaklah mengisytiharkan jalan itu sebagai suatu jalan awam dan jalan itu hendaklah dengan itu menjadi suatu jalan awam dan disenggara selama-lamanya selepas itu oleh pihak berkuasa tempatan.

(2)

Perisytiharan itu hendaklah disiarkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Jalan persendirian boleh diisytiharkan sebagai jalan awam

Section 12 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my