Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang kecil bagi atau berkenaan dengan tiap-tiap maksud yang difikirkan perlu olehnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini dan bagi menetapkan sesuatu perkara yang dibenarkan atau dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini, dan khususnya dan tanpa menyentuh keluasan perkara yang tersebut di atas bagi atau berkenaan dengan segala atau mana-mana daripada perkara yang dinyatakan di bawah ini:
(i)
memasang atau meneruskan sesuatu talian susur, sesalur, paip, konduit atau talian elektrik* (selain daripada betung) sepanjang, melalui, melintasi, di atas atau di bawah sesuatu jalan atau sesuatu tempat yang disusun atur atau dicadangkan bagi suatu jalan;
(ii)
memberi lesen bagi meneruskan dan menyenggara dawai telegraf atau kabel atau dawai bagi menyalurkan kuasa elektrik sepanjang atau melintasi atau di bawah jalan awam dan menetapkan dan melevi bayaran tahunan atau bayaran lain baginya;
(iii)
aras dan lebar jalan dan pembinaan jalan-jalan dan membina, membaiki, membersihkan, membasahkan dan menerangi dengan lampu jalan, terusan dan jambatan dan menanam serta memelihara pokok;
Jalan, Parit dan Bangunan 171
(iv)
mengawasi dan mengawal lorong belakang yang terletak di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan, mengawasi dan mengawal jalan awam dan jalan yang disusun atur atau dibina oleh pihak berkuasa tempatan, melesen orang untuk menggunakan jalan dan lorong belakang itu bagi apa-apa maksud atau dalam sesuatu cara tertentu selain maksud menggunakan apa-apa hak lalu atasnya;
(v)
membina dan menurap arked dan siar kaki dan lebar dan arasnya;
(vi)
membina, menyenggara dan membaiki bekalan air, ruang kebersihan, ruang sink, ruang mandi dan basuh dalam sesuatu bangunan atau dalam sesuatu premis;
(vii)
(Dipotong oleh Akta A867);
(viii)
(Dipotong oleh Akta A1312);
(ix)
mengadakan, membina, menyenggara dan membaiki telaga-telaga, tangki dan sisten;
(x)
mencegah, memindah dan menghapuskan halangan atau langgar sempadan yang ada pada atau di atas lorong belakang, jalan awam, jalan persendirian dan arked yang bersempadanan dengannya dan mengadakan dan membina mana-mana bahagian sesuatu tanah sebelah menyebelah jalan itu dan ukuran dan menurapnya;
(xi)
menutup, memagar, menerangi dengan lampu dan membaiki apa-apa kerja, lubang atau tempat yang mungkin mendatangkan bahaya kepada orang ramai;
(xii)
membina, mengubah dan meruntuhkan bangunan dan cara serta bahan yang hendak digunakan berhubungan dengannya;
(xiia) pengemukaan pelan, penentuan, kiraan, butir-butir, dokumen dan laporan berhubungan dengan pendirian
172 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
bangunan, orang utama yang mengemukakan dan orang yang mengemukakan dan tugas serta tanggungjawab mereka, dan bentuk dan sifat atau pengelasan pelan, kiraan, butir-butir, dokumen dan laporan itu;
(xiib) cara dan prosedur bagi membuat suatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan dan penentuan bagi pendirian bangunan;
(xiic)
perancangan, reka bentuk dan pendirian bangunan termasuklah—
(a)
kekuatan struktur bangunan;
(b)
kestabilan bangunan;
(c)
tindakan mencegah beban lebih;
(d)
langkah untuk melindungi bangunan yang berdampingan; dan
(e)
topang bawah;
(xiid)
pengadaan benteng dan tembok penahan;
(xiie) pengemukaan butir-butir orang yang berkelayakan, kontraktor, pekerja binaan mahir dan penyelia tapak binaan yang diguna khidmat atau diambil kerja bagi maksud atau untuk pendirian bangunan;
(xiif) penetapan dokumen, buku atau rekod yang kena disimpan dan laporan atau perakuan yang kena dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini;
(xiig) masa, cara dan prosedur bagi pengeluaran perakuan siap dan pematuhan dan perakuan siap dan pematuhan sebahagian;
(xiih) cara dan prosedur bagi pensampelan bahan binaan;
Jalan, Parit dan Bangunan 173
(xiii)
cara melakukan pemeriksaan bangunan dan cerun secara berkala dan borang yang di dalamnya laporan yang berhubungan dengannya hendaklah dikemukakan;
(xiii)
bidang hadapan, ruang udara keliling, pencahayaan, penyamanan udara, penggantian udara, berapa tingginya dan jalan dan tempat masuk kepada, mengadakan tempat meletak kereta dalam atau bagi, bangunan dan jalan keluar dari bangunan;
(xiv)
kandungan minimum kayu atau kandungan bahan binaan lain dalam sesuatu bangunan;
(xv)
ukuran bilik, petak tangga dan bahagian bangunan lain dan penguntukan cahaya dan udara baginya;
(xvi)
peruntukan bagi penurapan, lebar dan aras arked dan siar kaki;
(xvii)
peruntukan bagi bekalan air, ruang kebersihan, ruang sink, ruang mandi dan ruang membasuh dalam sesuatu bangunan atau di atas sesuatu premis;
(xviii)
peruntukan, pembinaan, penyenggaraan dan pembaikan parit;
(xix)
(Dipotong oleh Akta A1312);
(xx)
menetapkan borang bagi lesen dan bagi maksud lain untuk digunakan berhubungan dengan Akta ini;
(xxi)
langkah-langkah bagi mencegah kebakaran, bagi mencegah merebaknya kebakaran dan bagi memadamkan kebakaran;
174 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Undang-undang kecil itu boleh termasuk—
(a)
peruntukan supaya bahan bangunan terdiri daripada bahan merintang api dan supaya bahan rintangan api itu digredkan;
(b)
peruntukan berkenaan dengan cara pembinaan dan reka bentuk sesuatu bangunan supaya bangunan terselamat dari kebakaran;
(c)
peruntukan bagi mengadakan kemudahan untuk keluar daripada sesuatu premis jika berlaku kebakaran dan bagi menyenggara kemudahan itu;
(d)
peruntukan bagi mengadakan penahan api dan langkau api;
(e)
peruntukan berkenaan dengan akses ke premis bagi pasukan bomba jika berlaku kebakaran dan termasuk jalan akses di dalam sesuatu bangunan bagi maksud memadam kebakaran;
(f)
peruntukan bagi menggantikan udara bangunan bagi maksud membuang gas dan asap yang mungkin disebabkan oleh sesuatu kebakaran;
(g)
peruntukan bagi kelengkapan memadamkan kebakaran secara manual dan automatik keduaduanya dan mengadakan pengesan kebakaran dan penggera kebakaran dan menyenggaranya;
(h)
peruntukan bagi bekalan air yang cukup bagi maksudmaksud memadamkan kebakaran;
(i)
langkah lain bagi mencegah kebakaran dan merebaknya kebakaran;
Jalan, Parit dan Bangunan 175
(xxii)
menghendaki pemunya atau penduduk premis, atau seseorang lain yang mempunyai kewajipan di bawah
Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, menjalankan apa-apa kerja atau melakukan apa-apa perbuatan yang perlu pada pendapat pihak berkuasa tempatan supaya Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil itu dapat dipatuhi dan jika pemunya atau penduduk atau orang lain itu tidak mematuhi kehendak itu, memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kerja itu atau melakukan perbuatan itu sendirinya dan untuk menuntut belanja dan kos yang dilakukannya pada atau mengenai menjalankan kerja itu atau melakukan mana-mana perbuatan itu dari pemunya, penduduk atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(xxiii)
dalam hal kecemasan atau jika pemunya tidak boleh dijumpai selepas siasatan yang sepatutnya, memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kerja itu atau melakukan perbuatan itu sendirinya tanpa terlebih dahulu menghendaki pemunya, penduduk atau orang lain yang tersebut di atas membuatnya, dan menuntut belanja dan kos yang dilakukannya pada atau mengenai menjalankan kerja itu atau melakukan perbuatan itu daripada pemunya, penduduk atau orang lain itu;
(xxiv)
membahagi tanggungjawab kerana kegagalan kepada sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan dan untuk menghendaki seseorang atau sesuatu golongan orang melaporkan kegagalan itu dan menerangkan sebab kegagalan itu;
(xxv)
pembayaran yang hendak dibuat bagi, dan hal lain yang berkenaan dengan, lesen dan permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
176 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(xxvi)
bayaran, kos dan wang lain yang dikenakan bagi apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta ini;
(xxvii)
pungutan, remitan, rebet atau tangguhan pembayaran sesuatu jumlah wang yang dikehendaki dibayar di bawah
Akta ini;
(xxviii)
kesalahan di bawah Akta ini dan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat di bawahnya yang boleh dikompaun oleh pihak berkuasa tempatan, orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang hendak dipungut oleh pihak berkuasa tempatan itu kerana mengkompaun kesalahan itu dan tatacara yang kena dipatuhi dan borang yang kena diisi apabila mengkompaun;
(xxix)
semua tatacara dan perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan oleh Akta ini, atau yang perlu atau sesuai ditetapkan bagi menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini, setakat yang tidak termasuk dalam mana-mana daripada perenggan di atas.