Malaysia legislation

Section 134

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 134

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun yang bermula dari mula berkuatkuasanya Akta ini, dengan perintah di bawah seksyen ini—

(a)

memansuhkan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuat kuasanya

Jalan, Parit dan Bangunan 177

Akta ini dan yang dijadikan usang atau tidak perlu oleh mana-mana peruntukannya;

(b)

membuat apa-apa pemansuhan atau pindaan dalam sesuatu undang-undang itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud mensesuaikan peruntukan Akta ini, atau bagi maksud membuat pertambahan kepada peruntukan yang akhir tersebut itu mengenai apa-apa perkara:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi oleh subseksyen ini tidak boleh dijalankan berkenaan dengan sesuatu Undang-undang Negeri melainkan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

Kuasa Pihak Berkuasa Negeri membuat peruntukan peralihan, dsb.

Section 134 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my