Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 13

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya bidang hadapan mengadakan lampu bagi jalan itu dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan sebagai suatu syarat terdahulu daripada pengisytiharan di bawah subseksyen (1).

(3)

Suatu salinan tujuan hendak mengisytiharkan jalan itu sebagai suatu jalan awam hendaklah ditampalkan dengan segera di sesuatu bahagian jalan itu yang mudah dilihat.

(4)

Apabila tamat tempoh tersebut, melainkan jika pemunya bidang hadapan atau beberapa orang pemunya bidang hadapan yang mempunyai sebahagian lebih besar dari segi nilai tahunan telah membantah terhadapnya melalui notis kepada pihak berkuasa tempatan secara bertulis di bawah tandatangan mereka maka jalan tersebut hendaklah menjadi suatu jalan awam dan disenggara selamalamanya selepas itu oleh pihak berkuasa tempatan.

(5)

Selepas menimbangkan bantahan itu atau jika tiada bantahan selepas tamat tempoh tersebut pihak berkuasa tempatan itu hendaklah mengisytiharkan jalan itu sebagai jalan awam dengan cara yang difikirkannya patut.

Melebarkan jalan

Section 13 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my