Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah dipakai hanya di Semenanjung Malaysia.
(3)
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan sesuatu Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta, selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri itu menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dan boleh menjalankan kuat kuasa semua atau mana-mana daripada peruntukan
Akta ini sama ada di semua kawasan pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu Negeri yang baginya dipakai pemberitahuan itu atau di mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan bagi Negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), Pihak Berkuasa
Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan mana-mana kawasan sesuatu pihak berkuasa tempatan yang baginya dipakai Akta ini daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.
(5)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan Wilayah Persekutuan, melalui pemberitahuan dalam Warta.
(6)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), Pihak Berkuasa
Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta meluaskan mana-mana atau semua peruntukan Akta ini ke semua atau mana-mana bahagian sesuatu kawasan dalam Negeri itu yang bukan dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan; dan boleh membuat apa-apa ubah
Jalan, Parit dan Bangunan 13
suaian, pindaan atau perubahan yang perlu kepada peruntukan itu bagi maksud dipakai bagi kawasan itu.
Kecualian