Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh perjalanan kuat kuasa yang lepas bagi mana-mana undang-undang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan di kawasan pihak berkuasa tempatan, yang diluluskan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, atau apa-apa jua yang dibuat di bawah peruntukan undang-undang itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang sedia ada pada mula berkuat kuasanya
Akta ini menurut mana-mana undang-undang itu hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata kemudian daripada ini.