Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 25

(2)

Kos bagi membina dan menyenggara sesuatu siar kaki yang dicadang hendak dibuat di bawah kuasa yang diberi dalam seksyen ini, serta juga kos bagi menganjak ke belakang mana-mana binaan yang tersebut di atas, hendaklah ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan dan notis yang dikehendaki diberi itu hendaklah mengandungi suatu penentuan mengenai kerja yang dikehendaki dibuat dan bahan yang hendak digunakan dan juga sesuatu tawaran oleh pihak berkuasa tempatan untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan di dalamnya sebagai kos menjalankan kerja itu.

Siapakah hendak menjalankan kerja

(3)

Apabila menerima notis itu pemunya atau pemunya-pemunya boleh sama ada menjalankan kerja itu berkenaan dengan bidang hadapan mereka masing-masing atau menghendaki pihak berkuasa tempatan menjalankannya dan, jika mana-mana pemunya yang menjalankan kerja itu tidak menyiapkan kerja itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki tanahnya dan menjalankan kerja itu.

Pelan hendaklah diserahkan

(4)

Bagi tiap-tiap hal dalam mana suatu siar kaki dibuat di bawah seksyen ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyerahkan kepada

Jalan, Parit dan Bangunan 51

tiap-tiap orang pemunya tanah itu suatu pelan menunjukkan tanah yang diambil untuk siar kaki itu dan suatu pernyataan yang bermaksud bahawa tanah itu telah diambil di bawah seksyen ini untuk digunakan sebagai suatu siar kaki awam, tertakluk bagaimana pun kepada hak tiap-tiap seorang pemunya dan penggantinya dalam hakmilik pada bila-bila masa untuk membina sesuatu dengan apa-apa cara dan hingga apa-apa takat sebagaimana yang ia berhak membinanya jika tanah itu tidak diambil untuk digunakan sebagai suatu siar kaki awam.

Pihak berkuasa tempatan boleh memasang tiang lampu dan lampu

Section 25 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my