Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Pemunya tiap-tiap rumah dan bangunan hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas disampaikan notis daripada pihak berkuasa tempatan bagi maksud itu, memasang dan menyenggara dalam keadaan baik palung, salur dan paip bagi menerima dan membawa air dari bumbung dan bahagian lain rumah atau bangunan itu dan bagi mengalirkan air itu dengan apa-apa cara yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan supaya air itu tidak menimpa orang yang lalu di jalan itu atau supaya air itu tidak memasuki mana-mana betung.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(3)
Jika notis itu tidak dipatuhi maka pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa selepas tamatnya masa yang ditentukan itu mengarahkan supaya kerja itu dibuat dan kos dan belanja bagiberbuat demikian hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh pemunya yang mungkir itu.
Kedudukan paip air, dsb., hendaklah diubah atas belanja pihak berkuasa tempatan