Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 33

(2)

Pemunya atau penduduk itu hendaklah, dalam masa empat belas hari atau dalam masa yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan, selepas disampaikan notis itu kepadanya, menghapuskan unjuran, langgar sempadan atau halangan itu atau mengubah unjuran, langgar sempadan atau halangan itu dengan cara sebagaimana yang diarahkan di dalam notis itu.

Pemunya boleh menuntut belanja daripada penduduk

(3)

Jika sekiranya unjuran, langgar sempadan atau halangan itu telah dibuat atau dipasang oleh penduduk dan belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya telah dibayar oleh pemunya, termasuk pembayaran oleh pemunya kepada pihak berkuasa tempatan jika kerja itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, pemunya itu adalah berhak menuntut belanja yang munasabah daripada penduduk itu.

Penduduk boleh menuntut belanja daripada pemunya

(4)

Jika sekiranya unjuran, langgar sempadan atau halangan itu tidak dibuat atau tidak dipasang oleh penduduk dan belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya telah dibayar olehnya, termasuk pembayaran olehnya kepada pihak berkuasa tempatan jika kerja itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, maka penduduk itu adalah

Jalan, Parit dan Bangunan 57

berhak memotong belanja yang munasabah daripada sewa yang kena dibayar olehnya kepada pemunya itu.

Pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar jika binaan sah di sisi undang-undang

(5)

Jika unjuran, langgar sempadan atau halangan itu telah dibuat secara sah di sisi undang-undang, pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar belanja bagi menghapuskan atau mengubahnya dan memberi pampasan yang munasabah kepada tiap-tiap orang yang menanggung kerosakan oleh kerana penghapusan atau pengubahan itu dan, jika timbul apa-apa pertikaian mengenai amaun pampas an itu, ia hendaklah ditentukan dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Beranda yang mengunjur, dsb., boleh dibuat di jalan yang tidak kurang daripada 40 kaki lebarnya

Section 33 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my