Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Unjuran dari rumah hendaklah dihapuskan
(2)
Jika berlaku pelanggaran terhadap mana-mana syarat itu pihak berkuasa tempatan boleh memberi pemunya atau penduduk itu notis untuk mematuhi syarat itu dan, jika syarat itu tidak dipatuhi dalam masa tiga puluh hari, sesuatu Mahkamah Majistret boleh, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, membuat suatu perintah mandatori supaya unjuran itu dihapuskan.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Penalti
(3)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis untuk meremidi pelanggaran itu telah disampaikan kepada pemunya atau penduduk itu.
Tanda langit