Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 37

Jalan, Parit dan Bangunan 59

(2)

Jika notis itu tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa selepas tamat tempoh yang ditentukan itu, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya kerja yang ditentukan dalam notis itu dilakukan, dan kos dan belanja bagi berbuat demikian hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh pemunya atau penduduk yang mungkir itu dan boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Jika berlaku apa-apa kebakaran atas mana-mana tanah yang mengenainya suatu notis di bawah subseksyen (1) telah diberi selepas masa yang dihadkan oleh notis itu dan sebelum notis itu dipatuhi dengan sepenuhnya, kos dan belanja bagi memadamkan api itu yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah dibayar kepadanya oleh pemunya atau penduduk yang mungkir itu dan boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan suatu perakuan berkenaan dengan amaun kos dan belanja itu yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan adalah menjadi keterangan muktamad bahawa amaun itu telah dilakukan sedemikian.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Pokok tidak boleh ditanam dalam lingkungan dua belas kaki daripada jalan

Section 37 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my