Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Seseorang yang menanam apa-apa pokok bersalahan dengan seksyen ini boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan pokok itu boleh ditebang atau digali dengan perintah pihak berkuasa tempatan.
Pampasan dalam hal tertentu
(3)
Mana-mana pokok yang ada dalam jarak dua belas kaki daripada mana-mana jalan atau lorong belakang atau yang terjuntai atas mana-mana jalan atau lorong belakang boleh ditebang atau digali dengan perintah pihak berkuasa tempatan:
Dengan syarat bahawa jika pokok itu adalah pokok buah-buahan dan ianya telah ditanam sebelum jalan atau lorong belakang itu disusun atur atau dicadang bagi suatu jalan atau lorong belakang, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi suatu pampasan sebanyak yang patut tidak melebihi lima puluh ringgit kepada pemunyanya.
Mengambil tempat turap