Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Halangan
(a)
membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan, atau disenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam;
(b)
tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan menutup atau menghalang sesuatu parit terbuka atau akuadak di sisi mana-mana jalan;
(c)
meletakkan atau menyebab diletakkan apa-apa kotak, karung atau bungkusan atau dagangan, periuk belanga, pinggan mangkuk, barang lain atau benda di mana-mana tempat awam selama tempoh yang lebih lama daripada yang perlu untuk memuat atau memunggah dagangan atau barangan itu;
(d)
meletakkan atau menyebabkan diletak apa-apa barang atau benda yang digunakan untuk atau berhubungan dengan trednya di mana-mana tempat awam;
(e)
meletakkan atau menyebabkan diletak kayu-kayan, besi sekerap, kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan buangan atau benda atau barang lain di mana-mana tempat awam;
(f)
meletakkan atau menyebabkan diletak sampah kebun, sampah dapur atau sampah tred atau apa-apa benda atau barang lain di mana-mana tempat awam; atau
(g)
menyebabkan atau membenarkan mana-mana kereta berhenti di mana-mana siar kaki, adalah bersalah kerana menyebabkan suatu halangan dan boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-Jalan, Parit dan Bangunan 67
mana pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dibawa ke hadapan sesuatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan mengenai sesuatu sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Anggapan
(2)
Jika dibuktikan dalam sesuatu hal bahawa apa-apa benda atau barang telah diletakkan di dalam atau di atas mana-mana tempat awam berdekatan dengan sesuatu bangunan atau tanah bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah dianggap melainkan jika dibuktikan sebaliknya bahawa kesalahan itu telah dilakukan oleh atau dengan kebenaran penduduk bangunan atau tanah itu.
Kuasa memindahkan halangan
(3)
Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya apa-apa halangan itu dipindahkan atau boleh sendiri melalui pekhidmatnya memindahkan halangan itu ke suatu tempat yang sesuai, supaya tinggal di situ atas risiko pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu dan boleh menahan halangan itu sehingga belanja bagi memindahkan dan menahannya dibayar.
(b)
Pihak berkuasa tempatan hendaklah memperakui belanja itu kepada pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu dan perakuan pihak berkuasa tempatan itu adalah bukti muktamad mengenai jumlah wang yang kena dibayar itu.
(c)
Jumlah wang itu boleh dituntut mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Halangan sementara pada hari kebesaran, dsb.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang pihak berkuasa tempatan daripada membenarkan apa-apa binaan sementara di sesuatu tempat awam atau penggunaan sementara mana-mana bahagian sesuatu tempat awam pada hari kebesaran dan upacara.
Meletakkan debu atas jalan, dsb.