Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 47

(a)

menempatkan, meletakkan atau membuang atau menyebab atau membenar ditempatkan, diletak atau dibuang apa-apa abuk, debu, kertas, abu, bangkai, sampah, kotak, tong, karung atau benda atau barang lain di sesuatu tempat awam;

(b)

menyimpan atau meninggalkan apa-apa jua benda atau barang di sesuatu tempat di mana ia atau zarah daripadanya telah masuk atau mungkin masuk ke dalam sesuatu tempat awam;

(c)

menjemur apa-apa benda makanan atau benda atau barang lain di sesuatu tempat awam;

(d)

membuang, menempat, menumpah atau menaburkan apa-apa darah, air masin, buangan cecair, cecair kotor atau benda lain yang mengganggu atau kotor dari sesuatu jenis dengan sesuatu cara supaya ia melurut atau masuk ke dalam sesuatu tempat awam;

(e)

menjatuhkan, menumpah, atau menabur apa-apa debu, pasir, tanah, kelikir, tanah liat, tanah gembur, batu, rumput, rumput kering, rautan, abuk kayu, abu, sampah kebun, sampah kandang, sampah tred, baja, sampah atau apa-apa barang lain atau benda di sesuatu tempat awam, sama ada dari sesuatu kereta yang bergerak atau berhenti atau dengan apa-apa cara lain;

Jalan, Parit dan Bangunan 69

(f)

mengayak, mengirai, mencuci, memukul atau dengan cara lain mengacau apa-apa kapur, abu, pasir, arang batu, rambut, kertas buangan, bulu atau benda lain dengan sesuatu cara supaya ia diterbangkan atau mungkin diterbangkan oleh angin ke sesuatu tempat awam; atau

(g)

membuang atau meninggalkan apa-apa botol, gelas, tin, bekas makanan, pembungkus makanan, zarah makanan atau apa-apa benda atau barang lain di sesuatu tempat awam, adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-mana pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dibawa ke hadapan suatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(2)

Jika dalam masa sesuatu bangunan atau binaan dibina, diubah atau diruntuhkan atau pada bila-bila masa jua pun seseorang—

(a)

meletakkan, menjatuhkan, meninggalkan atau menempatkan, atau membenarkan atau menyebabkan diletak, dijatuh, ditinggal atau ditempatkan dalam atau atas mana-mana tempat awam, apa-apa batu, simen, tanah, pasir, kayu atau bahan, barang atau benda bangunan lain;

atau

(b)

tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk mencegah bahaya kepada nyawa, kesihatan atau kesentosaan orang yang menggunakan mana-mana tempat awam atau mana-mana orang lain daripada abuk yang berterbangan atau serpihan yang jatuh atau daripada mana-mana bahan, barangan atau benda lain, adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

mana pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dibawa ke hadapan suatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(e)—

(a)

jika barang atau benda itu dijatuh, ditumpah atau ditaburkan dari suatu kereta atau jatuh atau tumpah daripadanya, pemandu atau orang yang berkuasa menjaga atau mengawal kereta itu hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika kesalahan itu dilakukan oleh seseorang yang lain daripada pemandu atau orang yang berkuasa menjaga atau mengawal kereta itu dan identiti orang yang melakukan kesalahan itu dapat dipastikan; dan

(b)

jika pemandu sesuatu kereta motor dikatakan atau disyaki bersalah atas kesalahan itu—

(i)

pemunya kereta motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai polis atau oleh seseorang pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan supaya diberi tentang identiti dan alamat orang yang memandu kereta motor yang tersebut itu pada atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu dan apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh pegawai polis atau oleh pegawai atau pekerja pihak berkuasa itu, dan jika dia tidak berbuat demikian dalam masa tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini melainkan jika dia membuktikan, dengan memuaskan hati Mahkamah, bahawa dia tidak tahu dan tidak boleh dengan usaha yang

Jalan, Parit dan Bangunan 71

munasabah mendapatkan maklumat yang dikehendaki itu; dan

(ii)

mana-mana orang lain yang telah atau yang sepatutnya telah menjaga atau mengawal kereta motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti tersebut di atas, memberi apa-apa maklumat yang mana adalah dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pemandu itu dikenali, dan jika, dalam masa tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia tidak berbuat demikian, dia adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

Anggapan mengenai pesalah

(4)

(a)

Jika dalam sesuatu hal adalah dibuktikan bahawa apa-apa abuk atau benda lain yang disebutkan dalam seksyen ini telah diletakkan di mana-mana tempat bersalahan dengan seksyen ini berdekatan dengan mana-mana bangunan atau tanah atau bahawa apa-apa air atau apa-apa benda yang mengganggu telah melurut, mengalir atau dibuang atau diletakkan di atas atau ke dalam mana-mana jalan atau parit bersalahan dengan seksyen ini hendaklah dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, bahawa kesalahan itu telah dilakukan oleh atau dengan kebenaran penduduk bangunan atau tanah itu.

(b)

Jika apa-apa perbuatan atau perkara dilakukan atau ditinggal daripada dilakukan oleh seseorang ejen, pekhidmat atau pekerja dalam masa menjalankan kewajipannya sebagai demikian itu, dan perbuatan atau perkara itu menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen ini maka prinsipalnya, tuan atau majikannya bertanggungan atas kesalahan itu seolah-olah perbuatan atau perkara itu telah dilakukan atau ditinggal daripada dilakukan olehnya, melainkan jika dia boleh membuktikan bahawa perbuatan atau perkara itu telah dilakukan tanpa dipersetujui, dibiarkan atau diketahuinya dan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sepatutnya bagi mengelakkan berlakunya kesalahan itu.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Tafsiran seksyen 46 dan 47

Section 47 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my