Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Bagi maksud seksyen 46 dan 47—
“kereta” ertinya apa-apa kereta sama ada digerakkan secara bersawat atau dengan cara lain;
“sampah kandang” ertinya tahi atau kencing kuda, lembu-kerbau, kambing biri-biri, kambing atau babi dan benda-benda sapuan atau sampah atau saliran dari mana-mana kandang, kandang lembukerbau atau tempat menyimpan kambing biri-biri, kambing, babi atau ayam itik;
“sampah kebun” ertinya sampah daripada kebun dan kendalian pertanian;
“sampah tred” ertinya sampah sesuatu tred, pembuatan atau perniagaan atau sampah daripada apa-apa kendalian bangunan;
“tempat awam” ertinya sesuatu jalan, taman, taman bunga, promened, air pancutan, pulau lalu-lintas atau bulatan, taman permainan, tebing sungai, sama ada di atas atau di bawah tikas air tinggi, tempat tumpuan awam atau mana-mana tempat di mana atau ke mana orang ramai boleh lalu atau masuk.