Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
mengarahkan supaya semuanya itu dilepa, diturap dengan logam atau papak, diadakan salurannya, paritnya, bebendulnya, lampunya atau dengan cara lain diperelokkan dan permukaannya ditinggikan, direndahkan atau diubah sebagaimana yang difikirkannya patut;
(b)
membuat dan menyenggara supaya berada dalam keadaan baik apa-apa siar kaki bagi kegunaan pejalan kaki di mana-mana jalan itu;
(c)
memasang pada sisi siar kaki atau selainnya itu apa-apa pagar dan tiang yang diperlukan untuk melindungi pejalan kaki;
(d)
mengadakan lampu jalan.
Batu sempadan
(2)
Pihak berkuasa tempatan boleh mendirikan atau memasang pada mana-mana premis yang bersempadanan dengan sesuatu jalan awam, batu sempadan atau tanda lain untuk menunjukkan panjang, lebar dan jajaran jalan itu.
Jalan, Parit dan Bangunan 21
Penalti
(3)
Mana-mana orang yang memindahkan, mencacatkan atau merosakkan mana-mana batu sempadan atau tanda yang didirikan mengikut Akta ini boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Pemunya atau penduduk hendaklah melindungi batu sempadan
(4)
Pemunya dan penduduk bagi mana-mana premis yang dalamnya atau padanya batu atau tanda itu didirikan atau dipasang hendaklah melindungi batu atau tanda itu.
(5)
Belanja bagi mengganti mana-mana batu atau tanda itu hendaklah dibayar oleh penduduk itu, atau jika premis itu tidak diduduki, oleh pemunyanya, dan boleh dituntut secara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Kuasa bagi membuat dan memperelokkan jalan