Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“air kotor” termasuklah apa-apa cecair buangan rumahtangga yang mengalir dari sesuatu tempat mandi, pancuran, besen tandas, gegeluk lantai, dobi atau sink (yang bukan tangki bilas) tetapi tidak termasuk najis dan air kencing;
“arked” termasuk beranda;
“bangunan” termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan bagi kediaman manusia atau selainnya, dan juga apa-apa tembok, pagar, pelantar, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, paling, bingkai, dinding adang, tempat lancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas mendarat atau jambatan, atau apa-apa binaan, tupang atau asas yang berkaitan dengan yang tersebut di atas;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
“betung” mempunyai erti yang diberikan kepada “pembetung” di bawah *Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655];
“cerun” ertinya kecerunan permukaan tanah atau batu sama ada dibina atau wujud secara semula jadi termasuk apa-apa binaan yang melawan daya dan momen cerun itu;
“geoteknikal” ertinya bidang kejuruteraan berhubung dengan sifat tanah dan batuan yang termasuklah jenis, keadaan, profil, reka bentuk struktur, penstabilan cerun dan kerja-kerja pemantauan lain berkaitan dengan sifat tanah dan batuan itu;
“jalan” termasuklah sesuatu jalan, medan, siar kaki atau jalan lalu, jalan susur, sama ada jalan-tembus atau tidak, di atas mana orang ramai berhak lalu, dan juga jalan di atas sesuatu jambatan, dan juga termasuklah sesuatu jalan, siar kaki atau jalan lalu, halaman terbuka atau jalan kecil terbuka, yang digunakan atau dicadang untuk digunakan sebagai suatu jalan masuk kepada dua buah pegangan atau lebih, sama ada orang ramai berhak lalu di atasnya atau tidak; dan semua saluran, parit, longkang, dan tanah rizab di sisi mana-mana jalan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada jalan itu;
“jalan awam” ertinya mana-mana jalan yang di atasnya orang ramai ada hak lalu yang biasanya dibaiki atau disenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau yang telah dipindahkan kepada atau yang telah terletak hak pada pihak berkuasa tempatan di bawah Akta ini atau dengan apa-apa cara lain;
“jalan persendirian” ertinya mana-mana jalan yang bukan suatu jalan awam;
“kacau ganggu” ertinya sesuatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan,
*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] telah dimansuhkan oleh Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] berkenaan dengan pemakaiannya di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2008—lihat subseksyen 185(1) Akta 655.
Jalan, Parit dan Bangunan 15
bau atau pendengaran, atau yang adalah atau mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta;
“kerja jalan” termasuklah kerja membetung, merata, melepa, menurap dengan logam atau papak, memasang bebendulnya, membuat saluran, membuat parit, memasang lampu, memasang perkhidmatan air, gas atau elektrik dan dengan cara lain membaiki sesuatu jalan atau sebahagian daripada sesuatu jalan;
“Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan” ertinya Kumpulan Wang
Perkhidmatan Kemajuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 132;
“orang” termasuklah suatu syarikat, perkongsian, kumpulan orang dan perbadanan tunggal;
“orang yang berkelayakan” ertinya seorang Arkitek Profesional,
Jurutera Profesional atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftarannya;
“orang yang mengemukakan” ertinya orang yang berkelayakan yang mengemukakan pelan selain pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang berkaitan mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dan termasuklah mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang berkelayakan yang pertama disebut itu;
“orang utama yang mengemukakan”
ertinya orang yang berkelayakan yang mengemukakan pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dan termasuk mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawab atau bertindak untuk orang yang berkelayakan yang pertama disebut itu;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
“paip sambungan persendirian” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah *Akta Industri Perkhidmatan
Air 2006;
“pelan bangunan” ertinya pelan yang termasuklah pelan tapak, pelan punca, pelan lantai, muka keratin dan tampak sebagaimana yang dinyatakan secara khusus dalam mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;
“pelan struktur” ertinya suatu pelan berhubungan dengan unsur struktur;
“pemaju” ertinya seseorang, sesuatu kumpulan orang, syarikat, firma atau pertubuhan yang mengambil bahagian dalam atau menjalankan atau mengusahakan perniagaan memajukan atau mengadakan wang bagi kemajuan atau membeli atau memajukan secara sebahagian dan mengadakan wang bagi membeli bangunan;
“pemunya” ertinya—
(a)
tuan punya berdaftar bagi tanah;
(b)
pemegang pajak bagi suatu pajakan termasuk seorang pemegang pajak kecil bagi tanah sama ada berdaftar atau tidak;
(c)
ejen atau pemegang amanah bagi pemunya yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b) tafsiran ini jika pada pendapat suatu pihak berkuasa tempatan mana-mana daripada orang itu tidak dapat dikesan atau, jika mana-mana daripada orang itu telah mati, wakilnya yang sah di sisi undang-undang;
(d)
orang yang pada masa itu menerima sewa bagi premis yang berkaitan dengannya perkataan itu digunakan sama ada
*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] telah dimansuhkan oleh Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] berkenaan dengan pemakaiannya di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2008—lihat subseksyen 185(1) Akta 655.
Jalan, Parit dan Bangunan 17
bagi faedahnya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain atau sebagai penerima atau yang akan menerima sewa itu jika premis itu disewakan kepada seorang penyewa;
“pemunya bidang hadapan” ertinya pemunya premis yang berhadapan, bersampingan, bersempadanan atau (walaupun tidak sebenarnya berhadapan, bersampingan atau bersempadanan sedemikian) bersebelahan atau mempunyai tempat lalu ke suatu jalan, lorong belakang atau jika—
(a)
pemunya premis itu dengan sendiri atau melalui penyewanya berhak menggunakan atau biasanya menggunakan jalan atau lorong belakang itu sebagai suatu cara akses kepada premis itu atau cara penyaliran dari premis itu; dan
(b)
pada pendapat pihak berkuasa tempatan, penggunaan atau hak menggunakan itu adalah bagi kebaikan atau faedah tanah itu;
“penduduk” ertinya orang yang sebenarnya menduduki tanah atau bangunan yang mengenainya perkataan itu digunakan, atau yang berhak menjaga, mengurus atau mengawalnya sama ada bagi faedahnya sendiri atau sebagai ejen seorang lain, tetapi tidak termasuk seorang penginap;
“perakuan siap dan pematuhan” ertinya perakuan yang diberi atau diluluskan di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;
“perakuan siap dan pematuhan sebahagian” ertinya perakuan yang diberi atau diluluskan di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pihak Berkuasa Negeri” mengenai—
(a)
Negeri-negeri Malaysia ertinya Raja atau Yang di-Pertua
Negeri sesuatu Negeri dan termasuklah di Negeri Sembilan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Yang di-Pertuan Besar yang bertindak bagi pihak dirinya dan bagi pihak Undang Yang Empat dan Tengku Besar
Tampin; dan
(b)
Wilayah
Persekutuan ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga desa atau pihak berkuasa tempatan yang seumpamanya yang ditubuhkan oleh undang-undang bertulis dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan
“pihak berkuasa tempatan” ertinya Pesuruhjaya Bandaraya Kuala
Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];
“premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan, tanah, tenemen, isemen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada dibina atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun;
“rumah” termasuklah rumah kediaman, gudang, pejabat, rumah pengiraan, kedai, sekolah, dan sesuatu bangunan lain dalam mana orang-orang bekerja;
“rumah kediaman” termasuklah sesuatu bangunan atau tenement yang digunakan kesemuanya atau sebahagian besarnya, yang dibina atau dipadankan untuk digunakan bagi kediaman manusia;
“siar kaki” termasuklah lorong kaki dan jalan kaki lima di sisi jalan;
“sistem pembetungan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah *Akta Industri Perkhidmatan Air 2006;
*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] telah dimansuhkan oleh Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] berkenaan dengan pemakaiannya di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2008—lihat subseksyen 185(1) Akta 655.
Jalan, Parit dan Bangunan 19
“tanda langit” ertinya apa-apa binaan yang terdiri daripada suatu bingkai, dinding adang, papan, bar, pilar, tiang, dawai, atau sesuatu gabungan daripada benda-benda itu, atau sesuatu binaan yang serupa itu, atau apa-apa benda yang boleh dilihat dan yang terapung atau yang ditetapkan kedudukannya dengan ikatan dawai atau dengan alat lain yang boleh dilentur, yang ditunjukkan bagi maksud iklan perdagangan atau profesion dalam sesuatu kedudukan supaya boleh mudah dilihat berlatarkan langit di atas paras am bumbung atau bangunan di sekitarnya dari mana-mana jalan atau tempat awam;
“tempat tumpuan awam” ertinya suatu bangunan atau suatu tempat yang ditentukan atau terkepung yang digunakan atau dibina atau dipadankan untuk digunakan sama ada lazimnya atau kadangkala sebagai suatu gereja, gereja kecil, masjid, rumah berhala atau tempat lain di mana sembahyang awam atau upacara agama dijalankan, yang bukan semata-mata suatu rumah kediaman yang digunakan sedemikian, atau sebagai suatu panggung wayang gambar, panggung, dewan awam, bilik sandiwara awam, dewan tarian awam, bilik syarahan awam atau bilik pameran awam, restoran, kelab malam, tempat perhentian atau arked beli-belah, atau sebagai suatu tempat perhimpunan awam bagi orang-orang yang dibenarkan masuk ke dalamnya dengan tiket atau dengan cara lain atau digunakan atau dibina atau dipadankan untuk digunakan sama ada lazimnya atau kadangkala bagi apa-apa lain maksud awam;
“unsur struktur” ertinya bahagian atau unsur sesuatu bangunan yang menahan daya dan momen dan termasuklah asas tapak, rasuk, tiang, teras ricih, papak, kekuda bumbung, tangga, dinding bawa beban dan segala unsur lain yang direka bentuk untuk menahan daya dan momen tetapi tidak termasuk pintu, tingkap dan dinding tidak bawa beban.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 133