Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Peruntukan am berkenaan dengan lorong belakang
(2)
Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa, menurut budi bicaranya sendiri, menutup atau dengan cara lain menahan sesiapa atau apa-apa jua daripada masuk ke dalam, keluar dari atau masuk kembali ke dalam mana-mana lorong belakang yang dikawal olehnya atau mana-mana bahagiannya sama ada semua sekali atau dengan bersyarat.
Menghapuskan halangan
(3)
Tiada seseorangpun boleh mendirikan atau menyenggara atau membenarkan didiri atau disenggara apa-apa halangan dalam atau atas mana-mana lorong belakang, dan pihak berkuasa tempatan boleh, di mana halangan itu terdapat, menurunkan dan menghapuskan halangan itu dan kos dan belanja bagi menurunkan atau menghapuskan halangan itu boleh dituntut daripada orang yang bertanggungjawab bagi mendirikan atau menyenggara halangan itu atau bagi membenarkan
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
halangan itu didirikan atau disenggara mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.