Malaysia legislation

Section 70A

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 70A

(2)

Jika kerja tanah itu akan dimula atau dijalankan bagi maksud membina apa-apa bangunan, jalan, longkang, pembetung, atau benteng, atau bagi menanam apa-apa kabel atau paip, atau bagi maksud apa-apa jua pembinaan atau kerja lain, pelan dan penentuan berhubungan dengan pembinaan atau kerja itu yang kena dikemukakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan pada masa mengemukakan pelan dan penentuan berkenaan dengan kerja tanah itu.

(3)

Pada memberi kelulusan di bawah subseksyen (1) pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya wajar.

(4)

Pihak berkuasa tempatan boleh, jika ia memperakui bahawa keselamatan nyawa dan harta benda adalah terlibat atau mungkin akan terlibat oleh apa-apa kerja tanah, memerintah supaya diberhentikan dengan serta-merta kesemua atau sebahagian daripada kerja tanah itu;

perakuan pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen ini adalah bukti muktamad mengenai perkara yang tersebut dalamnya dan tidak boleh dipersoalkan atau tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.

(5)

Tanpa menyentuh subseksyen (4), pihak berkuasa tempatan boleh, dari semasa ke semasa, memberi apa-apa arahan yang difikirkannya wajar berkenaan dengan apa-apa kerja tanah, dan arahan itu hendaklah dipatuhi oleh orang yang kepadanya arahan itu diberi, dan jika arahan itu tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh memerintah supaya diberhentikan kesemua atau sebahagian daripada kerja tanah itu.

Jalan, Parit dan Bangunan 105

(6)

Walau apa pun subseksyen (4) dan (5), pihak berkuasa tempatan sendiri boleh menyebabkan apa-apa kerja dilaksanakan atau apa-apa langkah diambil jika ia berpendapat bahawa kerja atau langkah itu adalah perlu, dan kerja atau langkah itu boleh menjadi tambahan kepada atau ganti bagi apa-apa jua yang dikehendaki dibuat di bawah sesuatu arahan atau perintah yang diberi di bawah subseksyen (4) atau (5).

(7)

Jika pemberhentian kerja tanah itu telah diperintahkan di bawah seksyen ini, pihak berkuasa tempatan boleh membenarkan kerja tanah itu dijalankan semula tertakluk kepada arahan atau syarat yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan dipatuhi.

(8)

Pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya boleh memasuki mana-mana tanah, bangunan atau premis pada bila-bila masa siang atau malam tanpa notis kepada pemunya atau penduduk tanah, bangunan atau premis itu bagi maksud melaksanakan apa-apa kerja di bawah seksyen ini atau bagi menjalankan apa-apa pemeriksaan bagi maksud seksyen ini.

(9)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau perintah yang diberi di bawah seksyen ini atau melakukan apa-apa perbuatan bagi menghalang dengan apa jua caranya kemasukan atau pelaksanaan apa-apa kerja yang diberi kuasa untuk dijalan atau dilaksanakan di bawah seksyen ini oleh atau bagi pihak berkuasa tempatan adalah, apabila disabitkan, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan bagi suatu kesalahan yang berterusan denda yang boleh meningkat hingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.

(10)

Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (9) pihak berkuasa tempatan boleh membatalkan kelulusan pelan dan penentuan yang diberi di bawah subseksyen (1), dan orang yang menjalankan kerja tanah itu hendaklah, apabila menerima notis pembatalan itu, dengan serta-merta memberhentikan kesemua kerja tanah itu.

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(11)

Jika pemberhentian kerja tanah itu telah diperintahkan di bawah subseksyen (4) atau (5) atau dikehendaki supaya dikuatkuasakan di bawah subseksyen (10) dan perintah atau kehendak itu tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh secara terus mengeluarkan sesiapa atau memindahkan apa-apa kelengkapan, kereta, jentera atau apa-apa jua benda daripada tapak kerja tanah itu supaya menjamin kerja tanah itu diberhentikan dan bagi maksud ini pihak berkuasa tempatan boleh meminta bantuan polis.

(12)

Jika pihak berkuasa tempatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (6), (11) atau (16), ia boleh mendapatkan apa-apa perbelanjaan dan kos yang dilakukan olehnya daripada pemunya tanah atas mana kerja tanah itu dijalankan mengikut cara sama dengan yang diperuntukkan bagi mendapatkan kadar; amaun kos dan perbelanjaan yang hendak didapatkan sedemikian oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah diperakui oleh pihak berkuasa tempatan dan perakuan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara ini adalah bukti muktamad mengenai perkara yang tersebut dalamnya dan tidak boleh tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.

(13)

Peruntukan seksyen ini tidak boleh dipakai bagi kerja tanah yang dimula atau dijalankan oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri.

(14)

Jika apa-apa kerja tanah dimula atau dijalankan, pemunya tanah atas mana kerja tanah itu dimula atau dijalankan adalah disifatkan sebagai telah membenarkan kerja tanah itu dimula atau dijalankan.

(15)

Pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang diberi kuasa olehnya atau bagi pihaknya tidak boleh tertakluk kepada apa-apa jua tindakan, tuntutan, tanggungan atau desakan yang berbangkit daripada penjalanan mana-mana daripada kuasa yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.

(16)

Jika sesuatu jalan awam atau sesuatu bahagian daripadanya, atau sesuatu bangunan, atau sesuatu binaan, atau apa-apa jua harta lain

Jalan, Parit dan Bangunan 107

yang dipunyai oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan

Negeri atau oleh pihak berkuasa tempatan adalah rosak oleh atau akibat daripada apa-apa kerja tanah atas mana-mana tanah, pihak berkuasa tempatan boleh membaiki dan membayar kerugian kerosakan yang dilakukan itu.

(17)

Pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil—

(a)

berkenaan dengan kerja tanah;

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi pelan dan penentuan berkenaan dengan kerja tanah;

(c)

pengemukaan pelan, penentuan, butir-butir dokumen dan laporan berhubungan dengan kerja tanah, orang yang mengemukakan dan tugas serta tanggungjawab mereka, dan bentuk dan sifat atau pengelasan pelan, penentuan, butir-butir dokumen dan laporan itu dan fi untuknya;

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi hukuman denda atas kesalahan di bawah undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini sebanyak tidak melebihi dua ribu ringgit dan, bagi sesuatu kesalahan yang berterusan, tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan;

(e)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian daripada semua atau mana-mana peruntukan seksyen ini berkenaan dengan kerja tanah yang bersifat kecil atau sementara; dan

(f)

pada amnya untuk menguatkuasakan tujuan dan maksud seksyen ini.

(18)

Dalam seksyen ini dan dalam mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya perkataan “kerja tanah” termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, menanam cerucuk, membina asas, atau menebang pokok, atas mana-

108 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah.

Perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan semasa pendirian bangunan

Section 70A — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my