Malaysia legislation

Section 74

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 74

(2)

Sesuatu permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan oleh atau bagi pihak pemunya bangunan atau binaan tertentu itu atau oleh atau bagi pihak pemunya bahagian tertentu bangunan atau binaan yang mengenainya permohonan itu berkaitan dan hendaklah menyatakan jenis dan takat dan juga sebab bagi ubah suaian atau pengetepian akan kehendak itu yang dicadangkan itu dan hendaklah disertakan dengan apa-apa pelan, muka keratan, pelan tegak dan butir-butir yang dikehendaki.

Hak bagi pemunya premis yang bersampingan

(3)

Apabila menerima sesuatu permohonan itu pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa pemunya mana-mana premis yang bersampingan patut dirundingi pihak berkuasa tempatan hendaklah menyampaikan kepada pemunya itu suatu notis mengenai permohonan itu memberitahunya supaya membuat rayuan kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah menimbangkan rayuan daripada mana-mana pemunya premis yang bersampingan dan jika pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk membenarkan ubah suaian atau pengetepian berlawanan dengan rayuan mana-mana pemunya itu, pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan keputusannya kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Jalan, Parit dan Bangunan 119

(5)

Keputusan pihak berkuasa tempatan hendaklah disifatkan sebagai disahkan melainkan jika keputusan pihak berkuasa tempatan itu diakaskan atau diubah suai oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam masa tiga puluh hari selepas ia dikemukakan.

Tanah hendaklah diasingkan untuk lorong belakang

Section 74 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my