Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 75

(a)

suatu lorong belakang jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan selebar tidak lebih daripada empat puluh kaki mengikut sebagaimana dikehendaki menurut budi bicara pihak berkuasa tempatan, ditunjukkan atas pelan itu, atau tanah kosong ditunjukkan atas pelan itu untuk diasingkan atau diambil untuk suatu lorong belakang selebar yang tersebut di atas, dan pemunya itu mengganti bayaran kepada pihak berkuasa tempatan apa-apa wang yang telah dibayar pada bila-bila masa untuk mengambil dengan apa-apa cara bahagian lorong belakang itu atau tanah kosong itu hingga ke bahagian tengahnya yang bersempadanan dengan pegangan yang mengenainya pelan itu dikemukakan setakat mana ia bersempadanan sedemikian; atau

(b)

pemunya itu mengasingkan suatu bahagian tanahnya yang kosong yang cukup sama ada dengan atau tanpa tanah lain yang telah diasingkan atau diambil dahulunya, untuk menjadi suatu lorong belakang atau sebahagian daripada suatu lorong belakang selebar tidak lebih daripada empat puluh kaki mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan:

Dengan syarat bahawa jika pemunya itu mengasingkan suatu bahagian tanahnya yang kosong yang cukup untuk menjadi tidak kurang daripada setengah daripada lebarnya bahagian lorong belakang yang bersempadanan dengan tanahnya, pihak berkuasa tempatan

120 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

boleh, menurut budi bicaranya, dalam sesuatu hal tertentu, meluluskan pelan itu.

Kedudukan lorong belakang

(2)

Lorong belakang itu hendaklah, jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan, terletak supaya menepati garis yang ditetapkan baginya oleh pihak berkuasa tempatan, dan supaya berhubung pada tiap-tiap hujungnya dengan tanah yang telah diasingkan atau yang hendak diasingkan untuk sesuatu lorong belakang oleh, atau yang telah diambil atau yang hendak diambil daripada, pemunya harta yang terletak pada tiap-tiap sisinya, dan apabila siap lorong belakang itu hendaklah, di mana boleh, terbuka ke jalan awam pada kedua-dua hujungnya, dan hendaklah dalam semua hal bebas daripada halangan dari hujung ke hujung.

Pelan tidak diluluskan jika tapak bangunan itu tidak bersempadanan dengan tanah yang sesuai untuk suatu lorong belakang

(3)

Apabila sesuatu pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan dikemukakan untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, tapak bangunan itu didapati tidak bersempadanan dengan mana-mana tanah yang dari segi letaknya boleh diasingkan untuk suatu lorong belakang dengan menepati garis yang ditetapkan baginya oleh pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan boleh enggan meluluskan pelan itu sehingga tanah yang terletak antara tapak bangunan itu dengan garis lorong belakang atau lorong belakang yang dicadangkan itu yang betul-betul bersetentangan dengan tapak itu telah ditambah kepada pegangan yang mengenainya pelan itu telah dikemukakan dan bahagian lorong belakang yang dicadangkan itu yang bersempadanan dengan tapak yang ditambah sedemikian itu telah diasingkan atau diambil untuk sesuatu lorong belakang dan pemunya itu telah mengganti bayaran kepada pihak berkuasa tempatan secara dan setakat yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(a) dan peruntukan lain subseksyen itu telah dipatuhi.

Jalan, Parit dan Bangunan 121

Pengambilan tanah yang terletak antara tapak bangunan dengan garis lorong belakang

(4)

Jika dalam sesuatu hal yang tersebut dalam subseksyen (3)

pemunya itu meminta pihak berkuasa tempatan secara bertulis supaya tanah yang terletak antara tapak bangunan itu dengan garis lorong belakang atau lorong belakang yang dicadangkan itu yang secara langsung bersetentangan dengan tapak itu dan, jika perlu, bahagian lorong belakang yang dicadangkan itu yang bersempadanan dengan tapak itu apabila ditambah mengikut cara yang diperihalkan dalam subseksyen (3) diambil, pihak berkuasa tempatan hendaklah meminta

Pihak Berkuasa Negeri mengambil tanah itu dan bahagian lorong belakang yang dicadangkan itu bagi maksud supaya ia ditambah kepada pegangan yang mengenainya pelan itu telah dikemukakan dan menjadi sebahagian daripada lorong belakang itu dan hendaklah memberitahu pemunya itu dengan sewajarnya.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), berkenaan dengan Wilayah

Persekutuan, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan Persekutuan.

Bangunan dilarang didirikan atas tanah yang tidak bersih

Section 75 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my