Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
(a)
selalu membersihkannya dan sentiasa menjaga kebersihan bangunan itu atau bahagiannya supaya berada dalam keadaan bersih dan baik dan juga menjaga supaya ia berada dalam keadaan baik; dan
(b)
menjaga bangunan itu atau bahagiannya supaya bebas daripada apa-apa keadaan yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan pekerjanya, orang ramai dan pengguna lain bangunan itu atau bahagiannya.
(2)
Jika, pada pendapat pihak berkuasa tempatan, pemunya atau penduduk mana-mana bangunan itu atau bahagiannya tidak mematuhi perenggan (1)(a) atau (b), pihak berkuasa tempatan boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk itu dalam
Jalan, Parit dan Bangunan 131
tempoh yang dinyatakan dalamnya mengambil apa-apa langkah yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau enggan, cuai atau tidak mematuhi dalam tempoh yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (2), boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Jika mana-mana orang yang telah disampaikan suatu notis di bawah subseksyen (2) tidak mematuhinya, pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, dan tanpa menyentuh apa-apa prosiding di bawah subseksyen (3) dan sama ada sebelum atau selepas permulaan atau tamatnya prosiding itu menjalankan kesemua atau mana-mana kehendak yang dinyatakan dalam notis itu dan menuntut daripada orang itu kos dan belanja baginya.
(5)
Pihak berkuasa tempatan boleh memperakui kos dan belanja yang dilakukan itu dan perakuan pihak berkuasa tempatan itu adalah bukti muktamad mengenai jumlah wang yang kena dibayar itu dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan atau semakan dalam mana-mana mahkamah.
Pemeriksaan bangunan dan cerun secara berkala