Malaysia legislation
Section 85A
Seksyen 85A
(a)
pemunya petak bangunan itu;
132 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(b)
mana-mana orang yang bertanggungjawab atas bangunan itu; atau
(c)
badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].
(2)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi sesuatu bangunan yang melebihi lima tingkat dan mana-mana tingkat sesuatu bangunan yang adalah atau terletak di paras yang lebih rendah daripada tingkat bawahnya hendaklah disifatkan sebagai suatu tingkat, dan tanah dengan cerun yang mempunyai kecerunan lebih daripada dua puluh lima darjah dan jumlah ketinggian menegak lebih daripada sepuluh meter, sama ada tanah itu didirikan dengan bangunan atau tidak.
(3)
Pihak berkuasa tempatan boleh, tanpa menjejaskan kuasanya di bawah seksyen 83, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada—
(a)
pemunya sesuatu bangunan, menghendaki bangunan itu diperiksa—
(i)
selepas tahun kesepuluh yang bermula dari tarikh perakuan siap dan pematuhan berkenaan dengan bangunan itu dikeluarkan; dan
(ii)
selepas daripada itu pada lat tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun dari tarikh penyempurnaan pemeriksaan yang terakhir bangunan itu; dan
(b)
pemunya tanah dengan cerun, menghendaki cerun itu diperiksa—
(i)
selepas tahun kelima yang bermula dari tarikh pemilikan tanah berkenaan dengan cerun itu; dan
(ii)
selepas daripada itu pada lat tempoh yang tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh
Jalan, Parit dan Bangunan 133
penyempurnaan pemeriksaan yang terakhir cerun itu.
(4)
Pemunya sesuatu bangunan atau tanah dengan cerun hendaklah, apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (3), menyebabkan bangunan atau cerun itu diperiksa dalam masa yang ditetapkan dalam notis itu oleh seorang jurutera yang kena dilantik olehnya.
(5)
Jika notis di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa bangunan atau cerun itu atau menyebabkan bangunan atau cerun itu diperiksa oleh seorang jurutera yang dilantik olehnya dan mendapatkan segala perbelanjaan yang dilakukan secara munasabah olehnya pada berbuat sedemikian daripada pemunya bangunan itu atau tanah dengan cerun itu.
(6)
Seseorang jurutera yang melakukan suatu pemeriksaan di bawah seksyen ini hendaklah memeriksa bangunan atau cerun itu mengikut cara yang ditetapkan dalam undang-undang kecil yang hendaklah mengambil kira yang berikut:
(a)
suatu pemeriksaan visual bangunan atau cerun itu, termasuklah tinjauan visual tentang keadaan bangunan atau cerun dan unsur strukturnya dan apa-apa tambahan atau pengubahan pada bangunan atau cerun itu dan unsur strukturnya;
(b)
penyediaan dan pengemukaan kepada pihak berkuasa tempatan suatu laporan tentang hasil pemeriksaan visual itu;
(c)
jika, selepas menimbangkan hasil pemeriksaan visual itu, jurutera itu mengesyaki secara munasabah atau berpendapat bahawa ada kecacatan, perubahan bentuk atau kemerosotan pada bangunan atau cerun itu atau unsur strukturnya yang akan atau mungkin akan membahayakan atau mengurangkan kestabilan atau keutuhan struktur atau cerun mana-mana bahagian bangunan atau cerun itu, dia hendaklah meminta kebenaran daripada pihak berkuasa
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
tempatan untuk melakukan suatu siasatan struktur atau cerun sepenuhnya ke atas bangunan atau cerun itu termasuklah siasatan berkenaan dengan unsur strukturnya;
(d)
jika pihak berkuasa tempatan membenarkan permintaan yang dibuat di bawah perenggan (c) jurutera itu hendaklah melakukan suatu siasatan struktur atau cerun sepenuhnya yang hendaklah termasuk yang berikut:
(i)
mengambil semua langkah yang munasabah bagi memperoleh maklumat berhubungan dengan reka bentuk, pendirian, penyenggaraan dan sejarah bangunan atau cerun itu;
(ii)
menyemak pelan struktur bangunan atau cerun itu bersama dengan kiraan struktur atau laporan geoteknikalnya, atau dengan tujuan untuk menentukan apa-apa kekurangan pada unsur struktur bangunan atau cerun itu;
(iia) jika pelan struktur, kiraan struktur atau laporan geoteknikal yang disebut dalam subperenggan (ii)
tidak boleh didapati, jurutera hendaklah membina semua pelan, kiraan atau laporan itu jika dikehendaki sedemikian oleh pihak berkuasa tempatan, dengan tujuan untuk menentukan apa-apa kekurangan pada unsur struktur bangunan atau cerun itu;
(ii)
melakukan ujian ke atas unsur struktur bangunan atau cerun itu tanpa merosakkan mana-mana bahagiannya;
(iii)
melakukan ujian ke atas bahan binaan; dan
(iv)
melakukan ujian beban ke atas mana-mana bahagian bangunan atau cerun itu yang jurutera itu fikirkan perlu; dan
Jalan, Parit dan Bangunan 135
(e)
jurutera itu hendaklah selepas itu menyediakan dan mengemukakan kepada pihak berkuasa tempatan suatu laporan tentang siasatan struktur atau cerun sepenuhnya itu dan syornya.
(7)
Seseorang jurutera yang melakukan suatu pemeriksaan atau siasatan struktur atau cerun sepenuhnya ke atas sesuatu bangunan atau cerun adalah berhak mendapat pada bila-bila masa yang munasabah akses penuh dan bebas ke bangunan atau cerun itu dan mana-mana bahagiannya yang dia dikehendaki memeriksa atau menyiasat dan mana-mana orang yang menggalang, menghalang atau melengahkannya pada pelaksanaan tugasnya adalah melakukan suatu kesalahan.
(8)
Tanpa menjejaskan hak pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kuasanya dan mendapatkan perbelanjaan di bawah seksyen ini, mana-mana pemunya sesuatu bangunan atau tanah dengan cerun yang melangggar atau tidak mematuhi notis di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan.
(9)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah dalam Warta, membuat peruntukan bagi pemakaian seksyen ini, dengan apa-apa penyesuaian atau ubah suaian yang ditetapkan di dalamnya, bagi bangunan yang berkenaan dengannya tiada perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan.
(10)
Pihak berkuasa tempatan boleh, jika ia berpuas hati selepas menilai laporan pemeriksaan visual yang dikemukakan di bawah perenggan (6)(b) atau laporan siasatan struktur atau cerun sepenuhnya dan syor jurutera yang dikemukakan di bawah perenggan (6)(e), mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
bersetuju sepenuhnya dengannya;
(b)
menolaknya;
(c)
bersetuju dengan sebahagian daripadanya; atau
(d)
mendapatkan pandangan kedua ke atasnya.
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(11)
Pihak berkuasa tempatan boleh selepas itu—
(a)
mengeluarkan suatu perintah kepada pemunya bangunan atau tanah dengan cerun itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk membetulkan atau membaiki apa-apa kecacatan, perubahan bentuk atau kemerosotan yang disyorkan oleh jurutera itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan; atau
(b)
sebagai ganti kepada suatu penyiasatan di bawah seksyen 83, mengeluarkan suatu perintah kepada pemunya bangunan atau tanah dengan cerun itu bagi penutupan dan peruntuhannya.
(12)
Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (11), pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika adalah semunasabahnya praktikal untuk berbuat sedemikian, menyampaikan suatu salinan perintah yang dibuat di bawahnya kepada tiap-tiap penduduk bangunan atau tanah dengan cerun itu.
(13)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang diberikan di bawah subseksyen (11) boleh apabila disabitkan di denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
(14)
Walau apa pun subseksyen (13) jika pemunya sesuatu bangunan atau tanah dengan cerun tidak mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (11), pihak berkuasa tempatan boleh mengambil apa-apa langkah yang ditetapkan dalam perintah tersebut atau memperdapatkan penutupan dan peruntuhan bangunan atau tanah dengan cerun itu dan mendapatkan daripada pemunyanya perbelanjaan yang dilakukan secara munasabah olehnya berhubungan dengannya.
Jalan, Parit dan Bangunan 137
Kacau ganggu yang boleh diambil tindakan secara terus mengenainya di bawah Akta ini