Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
Kuasa menghendaki kerja dijalankan
(a)
orang yang kepadanya suatu notis untuk memberhentikan kacau ganggu telah disampaikan seperti tersebut di atas mungkir mematuhi mana-mana daripada suruhan notis itu dalam tempoh yang dinyatakan; atau 140 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(b)
kacau ganggu itu pada pendapat pihak berkuasa tempatan, mungkin berlaku semula di premis itu juga sungguhpun ia telah diberhentikan semenjak notis itu disampaikan, atas aduan pihak berkuasa tempatan, Mahkamah Majistret yang mendengar aduan itu boleh membuat ke atas orang itu suatu perintah terus yang dalam Akta ini disebut sebagai suatu
“perintah kacau ganggu”.
Perintah kacau ganggu
(2)
Sesuatu perintah kacau ganggu boleh jadi suatu perintah pemberhentian atau suatu perintah larangan atau suatu perintah tutup atau suatu gabungan daripada perintah-perintah itu.
Perintah pemberhentian
(3)
Sesuatu perintah pemberhentian boleh menghendaki seseorang mematuhi semua atau mana-mana dari suruhan notis itu, atau pun memberhentikan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu.
Perintah larangan
(4)
Sesuatu perintah larangan boleh melarang berlakunya semula sesuatu kacau ganggu.
Bila hendak dinyatakan kerja-kerja yang hendak dijalankan
(5)
Sesuatu perintah pemberhentian atau perintah larangan hendaklah, jika orang yang ke atasnya perintah itu dibuat berkehendakkan atau jika mahkamah dapati perlu, menyatakan kerja yang hendak dijalankan oleh orang itu bagi maksud memberhentikan atau mencegah berlakunya semula kacau ganggu itu.
Jalan, Parit dan Bangunan 141
Perintah tutup
(6)
Sesuatu perintah tutup boleh melarang sesuatu rumah kediaman daripada digunakan untuk kediaman manusia.
Bila hendak dibuat
(7)
Sesuatu perintah tutup hendaklah dibuat hanya jika telah dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa sesuatu rumah kediaman adalah tidak layak untuk kediaman manusia oleh sebab sesuatu kacau ganggu, dan, jika bukti itu diberi, mahkamah itu hendaklah membuat suatu perintah tutup dan boleh mengenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit:
Dengan syarat bahawa sesuatu perintah tutup tidak boleh dibuat melainkan jika suatu notis untuk mendengar aduan yang mengenainya perintah itu hendak dibuat telah ditampalkan di suatu tempat yang boleh nampak dengan memberitahu dalam notis itu bahawa seseorang penduduk premis itu boleh menunjukkan sebab membantah perintah itu dibuat.
Membatalkan perintah tutup
(8)
Sesuatu mahkamah, apabila berpuas hati bahawa rumah kediaman itu telah dijadikan layak untuk kediaman manusia, boleh mengisytiharkan yang ia adalah berpuas hati sedemikian dan boleh membatalkan perintah tutup itu.
Penalti kerana tidak mematuhi perintah
(9)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah kacau ganggu mengenai pemberhentian suatu kacau ganggu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ringgit sehari selama tempoh dia tidak mematuhinya melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang sepatutnya untuk melaksanakan perintah itu.
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
(10)
Mana-mana orang yang dengan diketahuinya dan yang bersengaja bertindak berlawanan dengan suatu perintah larangan atau perintah tutup boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ringgit sehari selama tempoh tindakannya yang berlawanan itu.
(11)
Dalam mana-mana satu perkara yang tersebut dalam subseksyen (9) dan (10), pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan secara bertulis bagi maksud itu boleh memasuki premis yang dimaksudkan oleh suatu perintah kacau ganggu dan boleh memberhentikan atau menghapuskan kacau ganggu itu dan melakukan apa-apa jua yang perlu bagi menjalankan perintah itu dan belanja yang dilakukan dengan demikian itu hendaklah dibayar oleh orang yang mungkir itu.
(12)
Mengenai kacau ganggu yang disebabkan oleh perbuatan atau kemungkiran pemunya premis, belanja itu bersama dengan apa-apa kos dan belanja yang diperintahkan oleh mahkamah supaya dibayar oleh pemunya itu hendaklah disifatkan sebagai belanja yang baginya dipakai seksyen 101 dan boleh dituntut di bawah seksyen itu.
(13)
Sesuatu mahkamah yang membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh menghendaki sesiapa jua yang ke atasnya apa-apa perintah dibuat supaya membayar semua kos dan belanja yang dilakukan untuk mendapatkan perintah itu.
Mengusir selepas perintah tutup
(14)
Jika sesuatu perintah tutup telah dibuat mengenai sesuatu rumah kediaman, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyampaikan notis mengenai perintah itu kepada tiap-tiap penduduk rumah kediaman itu dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu iaitu yang tidak kurang daripada tujuh hari (kecuali dalam hal bahaya yang segera) selepas notis itu disampaikan perintah itu hendaklah dipatuhi olehnya dan dia dan keluarganya hendaklah berhenti mendiami rumah kediaman itu dan jika mungkir berbuat demikian itu dia boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ringgit sehari selama tempoh dia tidak mematuhi perintah itu, dan mahkamah hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan,
Jalan, Parit dan Bangunan 143
membuat suatu perintah terus untuk mengusirnya dan perintah itu boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pegawai atau pegawai polis, pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara tertulis oleh pihak berkuasa tempatan:
Belanja untuk berpindah
Dengan syarat bahawa pemunya itu hendaklah memberi kepada tiap-tiap tenan yang tenansinya belum ditamatkan dengan sah di sisi undang-undang apa-apa elaun yang munasabah, jika ada, mengikut sebagaimana yang dibenarkan atau diperintahkan oleh sesuatu mahkamah kerana belanja berpindah dan elaun itu boleh dituntut secara terus di hadapan suatu Mahkamah Majistret.
Perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman