Malaysia legislation

Section 87

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 87

(2)

Pihak berkuasa tempatan juga boleh dengan notis itu atau dengan suatu notis lain yang disampaikan kepada penduduk, pemunya, atau orang itu menghendakinya melakukan apa yang perlu bagi mencegah berlakunya semula kacau ganggu itu dan, jika pihak berkuasa tempatan fikirkan perlu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan bagi maksud itu, dan boleh menyampaikan notis itu walaupun kacau ganggu itu telah pada masa itu diberhentikan jika

Jalan, Parit dan Bangunan 139

pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa kacau ganggu itu mungkin berlaku semula di premis itu juga.

(3)

Jika kacau ganggu itu terbit dari tidak adanya atau dari kecacatan sesuatu dari jenis rangka bina atau jika premis itu tidak diduduki, maka notis itu hendaklah disampaikan kepada pemunyanya.

(4)

Jika orang yang menyebabkan kacau ganggu itu tidak dapat dijumpai dan adalah nyata bahawa kacau ganggu itu tidak terbit atau tidak berterusan melalui perbuatan, kemungkiran atau pembiaran penduduk atau pemunya premis itu, pihak berkuasa tempatan boleh menyebabkan supaya kacau ganggu itu diberhentikan dan boleh melakukan apa yang perlu untuk mencegah berlakunya semula kacau ganggu itu.

(5)

Jika sesuatu notis telah disampaikan kepada seseorang di bawah seksyen ini dan sama ada—

(a)

kacau ganggu itu telah terbit daripada perbuatan atau kemungkiran bersengaja orang tersebut; atau

(b)

orang itu mungkir mematuhi mana-mana kehendak notis itu dalam tempoh yang dinyatakan itu, orang itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu kesalahan sama ada sesuatu perintah kacau ganggu yang disebutkan dalam Akta ini dibuat atau tidak dibuat ke atasnya.

Apabila notis tidak dipatuhi, perintah kacau ganggu hendaklah dibuat

Section 87 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my