Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 91

(2)

Sesuatu perintah mandatori hendaklah menghendaki orang yang kepadanya ia diarahkan itu supaya menjalankan apa-apa kerja yang mahkamah diberi kuasa menghendaki supaya dijalankan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah juga menghendaki orang itu supaya membayar kepada pihak berkuasa tempatan suatu jumlah wang untuk kos dan belanja yang dilakukan untuk mendapatkan perintah mandatori itu.

Penalti ketidakpatuhan

(3)

(a)

Mana-mana orang yang kepadanya perintah itu dialamatkan dan yang tidak mematuhi kehendak sesuatu perintah mandatori boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit sehari selama tempoh dia tidak mematuhi kehendak itu melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah menggunakan segala usaha yang sepatutnya untuk melaksanakan perintah itu.

(b)

Jika orang itu tidak mematuhi perintah itu, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki premis itu dan menjalankan kerja yang dikehendaki dijalankan itu dan belanja yang dengan demikian itu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan boleh dituntut daripada orang yang tidak mematuhi perintah itu mengikut mana-mana undang-undang berhubungan dengan perkara mendapatkan bayaran apa-apa denda.

Peruntukan mengenai rayuan terhadap perintah

Section 91 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my