Malaysia legislation

Section 92

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 92

Kehendak perintah mandatori

(2)

Jika suatu perintah mandatori dibuat dan seseorang tidak mematuhi perintah itu dan orang itu merayu terhadap perintah itu kepada Mahkamah Tinggi dan rayuan itu ditolak atau ditinggalkan, pihak merayu itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit sehari selama tempoh perintah itu tidak dipatuhi, melainkan jika memuaskan hati mahkamah di hadapan mana prosiding itu diambil untuk mengenakan suatu denda bahawa ada alasan yang matan bagi rayuan itu dan bahawa rayuan itu bukan dibuat semata-mata bagi maksud melengah-lengahkan dan, jika rayuan itu didengar oleh Mahkamah Tinggi mahkamah itu boleh, apabila menolak rayuan itu, mengenakan denda seolah-olah mahkamah itu adalah mahkamah yang di hadapannya dia dikehendaki hadir.

Prosiding sementara menanti rayuan

(3)

Jika suatu perintah mandatori dibuat ke atas seseorang dan rayuan dibuat terhadap perintah itu dan mahkamah yang membuat perintah itu berpendapat bahawa perintah mandatori itu, jika tidak dilaksanakan, akan mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan atau keselamatan awam dan bahawa melaksanakan perintah itu dengan segera tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan yang tidak boleh dipampas dengan ganti rugi, mahkamah itu boleh memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kerja itu dengan segera.

(4)

Jika pihak berkuasa tempatan menjalankan kerja itu dan rayuan itu berjaya, pihak berkuasa tempatan hendaklah membayar kos bagi pelaksanaan itu dan juga kerosakan, jika ada, yang didapati oleh orang tersebut disebabkan oleh pelaksanaan itu, tetapi jika rayuan itu ditolak atau ditinggalkan, pihak berkuasa tempatan boleh menuntut kos bagi pelaksanaan itu daripada orang tersebut.

Jalan, Parit dan Bangunan 147

Prosiding jika pemunya tidak diketahui

Section 92 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my