Malaysia legislation

Section 97

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 97

Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud Akta ini

Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, bagi maksud Akta ini, melalui pegawai, pekerja, ejen atau kontraktornya, memasuki pada bila-bila masa yang berpatutan pada waktu siang mana-mana bangunan atau tanah dan juga bagi maksud membuat apa-apa pengukuran atau pemeriksaan serta juga bagi maksud melaksanakan apa-apa kerja yang dibenarkan oleh Akta ini supaya dilaksanakan olehnya tanpa boleh diambil apa-apa tindakan di sisi undang-undang terhadapnya atau dikenakan apa-apa jua gangguan kepadanya oleh sebab kemasukannya itu atau oleh sebab apa-apa jua yang dilakukannya di mana-mana bahagian bangunan atau tanah itu menurut Akta ini:

Proviso

Dengan syarat bahawa pihak berkuasa tempatan itu tidak boleh memasuki mana-mana rumah kediaman yang benar-benar diduduki, kecuali dengan persetujuan penduduknya atau selepas memberitahu penduduk itu dua puluh empat jam terlebih dahulu:

Juga dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengisytiharkan bahawa sesuatu kelas premis boleh diperiksa pada waktu malam iaitu premis yang undang-undang kecil boleh dibuat di bawah Akta ini bagi mengawal dan mengawasnya dan dengan itu seseorang pegawai, pekerja, ejen atau kontraktor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa waktu siang atau malam dan tanpa notis, memasuki mana-mana premis dan kelas yang dinyatakan dalam perisytiharan itu dengan menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu dan menggeledah atau memeriksanya.

Section 97 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my