Malaysia legislation

Section 98

of *AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Seksyen 98

Kuasa sesuatu pihak berkuasa untuk memasuki tanah yang bersebelahan dengan kerja

(2)

Jika timbul sesuatu pertikaian berkenaan dengan amaun atau pembahagian pampasan itu, maka pertikaian itu hendaklah diselesaikan mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

(3)

Sebelum sesuatu pihak berkuasa tempatan melakukan apa-apa penggunaan sementara yang tersebut akan tanah yang bersampingan dengan kerja itu atau yang terletak dekat dengan kerja yang tersebut di atas, pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis tujuh hari akan tujuannya kepada pemunya atau penduduk tanah itu dan hendaklah mengasingkan sekian banyak daripada tanah yang dikehendaki digunakan itu dari tanah lain yang bersambungan dengan kerja itu dengan mendirikan pagar yang cukup.

Sesuatu pihak berkuasa tempatan pada melaksanakan kerja hendaklah mengadakan jalan, dsb., jika jalan yang sedia ada terbencana

Section 98 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 | mylaw.my