Malaysia legislation

Section 12

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 12

(a)

menyentuh hak pemegang lesen untuk mengikat suatu perjanjian, yang lazimnya dikenal sebagai perjanjian izin-lalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud membawa talian bekalan merintangi tanah itu; atau

(b)

menyentuh mana-mana perjanjian izin-lalu seperti itu yang ada pada masa mula berkuat-kuasanya Akta ini.

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tanah, Pendaftar hendaklah, setelah dikemukakan kepadanya perjanjian izin-lalu yang asal dan menyimpan dengan. Pendaftar salinan diperakui sesuatu perjanjian izin-lalu itu sebagaimana disebutkan dalam subseksyen (1), menyebabkan dibuat catatan pada dokumen hakmilik dalam daftar berhubungan dengan tanah yang terjejas dengan perjanjian izin-lalu menyatakan adanya perjanjian izin-lalu itu.

(3)

Jika perjanjian izin-lalu adalah berhubungan dengan tanah pegangan yang terliput dalam Daftar Sementara—

(a)

subseksyen (2) hendaklah dipakai seolah-olah "Pendaftar" dan "dokumen hakmilik dalam daftar" masing-masingnya telah digantikan dengan "Pesuruhjaya" dan "folio berkenaan Daftar Sementara"; dan itu atau lah, atau itu dan agi apa-ksyen 123

ri-Negeri u seksyen engalihan eh orang-ik menga dikenal pemunya i maksud tanah itu;

izin-lalu berkuat-a undang Pendaftar perjanjian Pendaftar lalu itu (), menyeilik dalam as dengan njian izin-hubungan m Daftar eolah-olah lik dalam digantikan berkenaan

(b)

apabila dokumen hakmilik muktamad dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, apa-apa catatan yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana diubah oleh paragraf (a) hendaklah (jika ianya masih berkuatkuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen-dokumen itu) dimasukkan oleh Pesuruhjaya ke dalam dokumen hakmilik dalam daftar dan hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah catatan itu telah dimasukkan di bawah subseksyen itu.

(4)

Selagi masih terdapat catatan yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) dalam dokumen hakmilik dalam daftar atau folio berkenaan Daftar Sementara itu maka semua urusan mengenai tanah itu yang dimaksudkan oleh catatan itu hendaklah disifatkan sebagai tertakluk kepada hak-hak pemegang lesen di bawah dan menurut perjanjian izin-lalu yang berkenaan dengannya catatan itu telah dibuat.

(5)

Jika catatan atau pendaftaran perjanjian izin-lalu dibuat sebelum 1hb Januari 1966, menurut subseksyen (2) atau (3) sebagaimana berkuatkuasa pada masa itu terus berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh itu maka bagi maksud-maksud subseksyen (4)—

(a)

ia hendaklah dianggap sebagai catatan yang dibuat menurut subseksyen (2); atau

(b)

jika ia berkaitan dengan tanah yang terliput sebagai tanah pegangan dalam Daftar Sementara maka ianya hendaklah dimasukkan dalam folio berkenaan Daftar Sementara itu dan hendaklah dianggap sebagai catatan yang dibuat menurut subseksyen (3).

(6)

Dalam seksyen ini—

"Daftar Sementara" dan "Pesuruhjaya" masingmasing mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963;

"Pendaftar" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara.

Section 12 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my