Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Jika pemegang lesen tidak mematuhi rekuisisi itu maka orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasati semua fakta mengenai kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat berkenaan dengan pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu. Perintah itu hendaklah membuat peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan itu sebagaimana difikirkan saksama oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut hal keadaan kes itu.
(b)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari menyiasati sendiri sesuatu kes di bawah subseksyen ini, mengarahkan Pemungut Hasil Tanah menjalankan siasatan itu bagi pihak dirinya dan membuat syor kepadanya.
(3)
Bila-bila masa sahaja Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi mengalih atau mengubah sesuatu talian bekalan utama maka pemegang lesen boleh, dari mengalihkan atau mengubah talian bekalan itu, memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan supaya tanah itu diambil sebagaimana dikehendaki bagi muksud-maksud talian itu dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu sewajarnya.
(4)
Bila-bila masa sahaja Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan supaya mana-mana tanah diambil maka pepasangan berlesen hendaklah disifatkan sebagai kerja kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengambilan tanah yang berkuatkuasa di Negeri di mana tanah itu terletak hendaklah dikuatkuasakan sewajarnya.
(5)
Bila-bila masa sahaja talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan atas tanah Kerajaan oleh pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberimilik kepada mana-mana orang maka pemunya atau penduduk tanah itu mungkin, melainkan jika terma-terma pemberian milik itu memperuntukkan dengan nyata selainnya, menghendaki dialihkan ke suatu bahagian lain dalam tanah itu atau ke aras yang lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubahkan talian, tiang atau kelengkapan itu dan subseksyen (1) hingga (4) adalah terpakai bagi apaapa jua rekuisisi seperti itu:
Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah ditanggung oleh orang-orang yang membuat rekuisisi itu.
(6)
Seksyen ini tidak boleh menjejaskan seksyen 123 hingga 125 Ordinan Munisipal bagi Negeri-Negeri Selat.