Malaysia legislation

Section 22

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 22

(2)

Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan laporan pertama—

(a)

melawat tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran itu;

ji atau yai atau erjakan bawah apa-apa yang di-npunyai tersebut gan atau ngkapan syen ini apabila ida lima terusan, a ratus laripada i selepas ialangan ugakibata a mana-rta telah gan atau u peme-endaklah kepada at, dan hendak-Pengarah at mana a segera ama—

gan atau

(b)

membuat penyiasatan awal tentang hal keadaannya;

(c)

merekod secara bertulis pendapatnya yang mungkin disokong dengan gambarfoto yang relevan, jika perlu, berikutan dari penyiasatan itu;

(d)

diberi gambarfoto, laporan doktor atau lainlain dokumen yang relevan daripada manamana orang atau pihak berkuasa tanpa membayar apa-apa fee dan orang atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi permintaan itu;

(e)

mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah; dan

(f)

jika berlaku kehilangan jiwa atau ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah tercedera teruk, menghantar satu salinan pendapatnya kepada majistret yang terdekat sekali.

(3)

Jika berlaku kehilangan jiwa atau kecederaan parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apaapa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan apaapa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada apa-apa perubahan atau tambahan boleh dibuat, tanpa izin Pengarah, kepada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin ada kaitan menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan juga tidak boleh membuat apa-apa perubahan, tanpa izin itu, kepada tapak tempat kemalangan atau kebakaran itu sehingga Pengarah telah selesai penyiasatannya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh dikira sebagai mengganggui kerja penyelamatan atau kerja yang perlu untuk keselamatan jiwa atau harta amnya.

(4)

Jika berikut dari penyiasatan awal di bawah subseksyen (2) didapati oleh Pengarah yang menjalankan penyiasatan itu bahawa ada sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa jua kegagalan mematuhi Akta ini atau kecuaian mematuhi apa-apa perintah yang sah yang diberi oleh Pengarah, atau jika Pengarah yang menjalankan penyiasatan seperti tersebut di atas tadi berpuas hati bahawa kemalangan atau kebakaran itu mungkin dapat dicegah jika langkah awasan yang patut telah diambil dan dipatuhi pada mengerjakan apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, Ketua Pengarah atau Pengarah yang diberi kuasa olehnya boleh selanjutnya menyiasat hal-hal keadaannya tentang kemalangan atau kebakaran itu bersama-sama dengan pegawai yang membuat penyiasatan awal dan jika pada pendapatnya bahawa prosiding jenayah boleh dibawa terhadap mana-mana orang maka dia hendaklah menghantar kepada Timbalan Pendakwa Raya satu salinan laporan Pengarah disertai dengan pendapatnya tentang hal keadaan dan pendapat.

(5)

Mana-mana orang yang bersangkut-paut dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen ini mungkin berhak, setelah membayar fee yang ditetapkan, mendapat salinan laporan Pengarah, salinan pendapat Ketua Pengarah dan salinan kenyataan, jika ada, yang diterima sebagai keterangan oleh Pengarah atau Ketua Pengarah, mengikut mana yang berkenaan.

(6)

Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang sah, melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) dan (3) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(7)

Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, penyiasatan awal di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan dan izin yang disebutkan dalam subseksyen (3) boleh diberi oleh Ketua Pengarah.

SIASATAN DAN TIMBANGTARA

Section 22 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my