Malaysia legislation

Section 23

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 23

(2)

Mana-mana orang yang berasa terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh memohon kepada Menteri untuk pertimbangan semula akan perkara yang dipertikaikan. Permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah atau dalam tempoh lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Menteri dalam hal-hal keadaan khas dan hendaklah mengandungi alasan kilanan itu.

(3)

Apabila permohonan itu diterima, Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi sebagai wakilnya untuk menyiasat perkara itu berserta dengan dua orang lain yang akan dinamakan oleh Menteri sebagai pengapit. Pengapit itu hendaklah orang-orang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang elektrik atau lain-lain kemahiran dan pengalaman khas yang dipilih dari orang-orang yang bukan dalam perkhidmatan Jemaah Pemeriksa Elektrik.

(4)

Segala soal mengenai siasatan itu hendaklah diputuskan dengan cara majoriti anggota-anggota yang mengadakan siasatan itu.

(5)

(a)

Apabila tamat siasatan itu Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada Menteri satu ringkasan keterangan bersama-sama dengan keputusan yang tercapai, dan Menteri hendaklah menerima keputusan itu dan hendaklah memberitahu semua orang yang berkenaan.

(b)

Mana-mana orang yang bersangkut-paut adalah berhak, dengan membayar fee yang ditetapkan, mendapat satu salinan ringkasan keterangan dan keputusan.

(6)

Orang-orang yang dinamakan oleh Menteri untuk berkhidmat sebagai pengapit hendaklah dipanggil hadir dan adalah berhak mendapat apa-apa saraan, dari semasa ke semasa, sebagaimana ditetapkan oleh Menteri.

(7)

(a)

Mana-mana orang yang dipanggil hadir sebagai pengapit yang tanpa sebab yang sah—

(i)

tidak pula hadir sebagaimana dikehendaki menurut saman itu; atau

(ii)

setelah hadir meninggalkan sidangan tanpa mendapat kebenaran daripada Pengerusi; atau

(iii)

tidak hadir selepas penangguhan siasatan itu, boleh, apabila perintah dibuat oleh Pengerusi, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit.

(b)

Apabila seseorang pengapit didenda, Pengerusi hendaklah serta-merta menghantar kepadanya satu notis bertulis menghendakinya supaya membayar denda itu atau menunjukkan sebab di hadapan Pengerusi dalam tempoh empat belas hari, mengapa denda itu tidak patut dibayar. Apa-apa jua denda seperti itu boleh didapatkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah.

Section 23 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my