Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Tiap-tiap satu pihak adalah berkuasa melantik seorang pengapit untuk bersidang bersama-sama dengan penimbangtara, tetapi penimbangtara seorang sahaja berkuasa membuat keputusan dan memberi award. Jika lebih daripada seorang penimbangtara dilantik, majoriti daripada mereka boleh membuat keputusan dan memberi award.
(3)
Timbangtara hendaklah dijalankan di manamana tempat dalam Malaysia sebagaimana diputuskan oleh penimbangtara dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen ini, dikawali oleh Akta Timbangtara 1952.
tanpa si; atau an itu, dikenait.
engerusi va satu r denda engerusi nda itu u boleh i dalam ih Akta t mana in sum et kelas nenjaga n wajar supaya rikat di utuskan ika perembaga penimau, jika Hakim nelantik dengan sahaja ard. Jika majoriti n mem-
(4)
Saraan seseorang timbangtara yang dilantik oleh Hakim Besar mengikut seksyen ini hendaklah ditetapkan oleh Hakim Besar dan saraan seseorang timbangtara yang dipilih oleh pihak-pihak hendaklah ditetapkan oleh mereka. Kos perujukan dan award, termasuk saraan timbangtara, hendaklah dibayar oleh pihak-pihak mengikut apa-apa kadar sebagaimana diputuskan oleh penimbangtara:
Dengan syarat bahawa saraan dan elaun seseorang pengapit hendaklah dibayar oleh pihak yang melantiknya.