Malaysia legislation

Section 26

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 26

(2)

Mana-mana orang yang dengan apa jua tindakan atau ketinggalan yang gopoh atau cuai berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau bahagian daripada pepasangan atau kelengkapan menyebabkan bencana kepada orang atau harta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang dengan apa jua cara dengan curangnya—

(i)

menarik tenaga;

(ii)

menggunahabis tenaga;

(iii)

mengguna tenaga;

(iv)

mengubah indeks sesuatu meter atau lain-lain instrumen yang digunakan pada atau berkaitan dengan pepasangan pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan output atau penggunaan habis tenaga; atau

(v)

menahan mana-mana meter atau instrumen itu daripada merekodkan dengan wajar akan output atau penggunaan habis tenaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang bertulis berkaitan yang berkuatkuasa berhubungan dengan pihak-pihak berkuasa bekalan.

(4)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 7, mengguna, mengerjakan atau mengendalikan, atau membenar digunakan, dikerjakan atau dikendalikan apa-apa pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 7, membekal tenaga dari sesuatu pepasangan kepada mana-mana orang atau untuk kegunaan manamana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(6)

Mana-mana pemegang lesen yang tanpa kuasa yang nyata daripada Ketua Pengarah membekalkan tenaga atau memasang apa-apa talian bekalan atau membina apa-apa kerja elektrik di luar kawasan bekalan yang dinyatakan dalam lesennya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit, dan apa-apa talian atau kerja tak berkebenaran itu boleh, selepas sabitan, dipindahkan mengikut apabila eruntuk-ang ber-perkuasa elanggari igendali-atau di-lakukan dikena-ggit dan is ringgit ari yang elanggari pasangan n mana-han dan lak lebih n denda ggit bagi ari yang ba kuasa bekalkan lan atau kawasan adalah i disabit-ima ribu ebenaran mengikut perintah Ketua Pengarah, dan jika perintah itu tidak dipatuhi, kos munasabah bagi memindahkannya boleh didapatkan kembali daripada pemegang lesen.

(7)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak, tanpa sebab yang sah, mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam lesen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(8)

Mana-mana orang yang, dengan melanggari seksyen 19, tidak atau cuai mendaftar sesuatu pepasangan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(9)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang wajar bagi maksud itu, bersengaja memusnahkan atau merosakkan lampu awam atau bersengaja merosakkan atau mencacatkan apa-apa tiang, braket atau lain-lain cara penupang lampu awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(10)

Mana-mana orang yang, tanpa izin yang sah, menampal atau menyebabkan ditampal apa-apa iklan, bil atau notis atau apa-apa kertas pada, atau selainnya mencacatkan, mana-mana bangunan, tiang atau braket atau lain-lain kelengkapan atau kepungannya yang diguna untuk atau berkaitan dengan pepasangan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.

(11)

Mana-mana orang yang bersengaja atau dengan cuainya—

(a)

menyebabkan tenaga dilencongkan dari aliran perjalanannya yang biasa dan dibiarkan membazir; atau

(b)

memecah, membuang, menyebabkan terjatuh atau rosak mana-mana talian bekalan atau tiang, pole, atau lain-lain kelengkapan, manamana pepasangan atau bahagian daripadanya, mengikut mana yang berkenaan, yang bersambung dengan bekalan tenaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(12)

(a)

Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang sah, menjalankan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan apa-apa pepasangan elektrik atau bahagian daripadanya dengan cara yang mungkin mengganggui mana-mana pepasangan elektrik atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(13)

(a)

Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik kepada pendawaian yang ada di premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.

(b)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

(14)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang penalti baginya tidak ada diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiaptiap hari atau bahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

syen ini apabila ada tiga ak lebih apabila ada lima ak lebih

; apa-apa ada peni dahulu la pihak atu kesanya tidak

, apabila pada satu erterusan, bagi tiapkesalahan

<syen ini apabila daripada dak lebih

(15)

Jika pada bila-bila masa seseorang ejen atau pengkhidmat dalam masa pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang mana hal melakukan atau tidak melakukannya oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, maka ejen atau pengkhidmat itu adalah bersalah atas kesalahan itu, dan prinsipal atau majikannya dan mana-mana orang pada masa melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu telah menjaga urusan yang berkenaan dengannya perbuatan melakukan atau tidak melakukan itu berlaku adalah bersalah atas kesalahan itu melainkan jika prinsipal atau majikan atau mana-mana orang lain, mengikut mana yang berkenaan, membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan awasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan itu dilakukan atau tidak dilakukan.

Section 26 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my