Malaysia legislation

Section 27

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 27

Dalam apa-apa pendakwaan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (3) seksyen 32, bukti tentang—

(a)

adanya cara-cara artifisial yang, sama ada bersendirian atau berserta dengan cara-cara artifisial tambahan yang tidak terjumpa, boleh digunakan untuk mengubah, atau mempermudahkan pengubahan, indeks meter atau instrumen yang digunakan untuk mencatatkan kuantiti tenaga yang dibekalkan;

(b)

adanya cara-cara artifisial yang, sama ada bersendirian atau berserta dengan cara-cara lain yang tidak terjumpa, akan menahan, atau mempermudahkan ditahan, mana-mana meter atau instrumen dari mencatatkan dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan, atau akan mempermudahkan menarik, menggunahabis atau menggunakan tenaga dengan curang; atau

(c)

(i)

pemasangan apa-apa pesawat atau lain-lain cara kepada;

(ii)

keabsenan atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan dari; atau

(iii)

penggangguan dengan mana-mana bahagian atau sambungan, apa-apa radas mengikut hal-hal keadaan yang pemasangan, keabsenan, pengalihan atau penggangguan akan menahan atau mempermudahkan menahan mana-mana meter atau lain-lain instrument dari mencatatkan dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan, atau akan mempermudahkan menarik, menggunahabis atau menggunakan tenaga dengan curang, adalah menjadi keterangan prima facie yang ada berlakunya pengubahan dengan curang akan indeks manamana meter atau instrumen, atau pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga, mengikut mana yang berkenaan; dan

(i)

bahawa pengubahan, pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang, mengikut mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—

(a)

orang yang memasang alat buatan, alat mekanik atau lain-lain alat seperti tersebut di atas tadi;

(b)

orang yang menanggalkan mana-mana bahagian atau sambungan seperti tersebut di atas tadi;

(c)

orang yang mengganggui mana-mana bahagian atau sambungan seperti tersebut di atas tadi;

(d)

pengguna yang mengguna meter atau instrumen itu;

(e)

orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ianya terpasang;

(f)

penduduk premis di mana meter atau instrumen itu dipasang; atau

(ii)

bahawa orang atau pengguna telah bersubahat melakukan kesalahan pengubahan, pencegahan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan, mengikut mana yang berkenaan.

Section 27 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my