Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberi notis menyatakan, dengan sepenuh dan setepat yang boleh, jenis dan setakat mana tindakan yang dicadang hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada keseluruhan isinya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual dan Pemungut Hasil Tanah hendaklah menyatakan satu tarikh bila dia boleh menyiasati apa-apa bantahan yang telah dibuat sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini.
(3)
Notis seperti tersebut di atas tadi hendaklah diberi—
(a)
dalam hal tanah berimilik, kepada pemunya atau penduduk;
kemudian a didapati bagi make enaga di membawa ah, selain engkapan tau patut mengikut il apa-apa epasangan pampasan rang yang n, kerosaisebabkan ti bayaran i maksudpan yang nah bagi n (1), penyatakan, jenis dan ak dilaku an isinya m Jadual takan satu ahan yang udian dari
(b)
dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau orang-orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika pegawai atau orang itu tidak ada, kepada Pemungut Hasil Tanah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau akhir diketahui kepada orang yang hendak diberi atau disampaikan oleh Pemungut Hasil Tanah atas perbelanjaan pemegang lesen, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu dari ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis-notis oleh mana-mana undangundang bertulis berhubungan dengan tanah yang berkuatkuasa di Negeri di mana tanah itu terletak.
(4)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas penerimaan notis yang tersebut itu, membuat bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen itu. Bantahan tersebut boleh dibuat kepada Pemungut Hasil Tanah, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan Pemungut hendaklah memberi notis tentang bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pemegang lesen.
(5)
Jika tiada bantahan dibuat dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), maka pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2).
(6)
Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya itu, maka Pemungut Hasil Tanah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi kesemua pihak peluang untuk didengar.
(7)
Setelah tamat siasatan itu Pemungut boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan janjian yang difikirkannya patut, membuat suatu perintah membenarkan atau melarang manamana tindakan yang disebut dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2):
Dengan syarat bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Pemungut itu boleh merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa
Negeri yang mana boleh kemudiannya mengesahkan, mengenepi atau mengubah perintah itu mengikut terma, syarat dan janjian sebagaimana yang difikirkannya patut.
(8)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau sebahagian mana-mana tanah yang terlibat dalam notis yang diberi di bawah subseksyen (2).
(9)
Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.