Malaysia legislation

Section 10

of AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983

Seksyen 10

Bila-bila masa sahaja perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggara atau memperbaiki mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagiannya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana tanah yang atas, di bawah atau di atasnya talian bekalan itu telah diletak, ditempatkan atau dibawa, atau yang atasnya tiang atau kelengkapan-kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala kerja perbaikan yang perlu, dan boleh, pada masa menjalankannya itu, menebang atau mencantas pokok-pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan sehabis sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 13 kepada semua orang yang berkepentingan atas apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan dengannya itu yang mana pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 9.

Section 10 — AKTA JEMAAH PEMERIKSA ELEKTRIK 1983 | mylaw.my