Malaysia legislation

Section 11

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 11

(a)

untuk membatalkan sesuatu lesen di bawah seksyen 8;

(b)

untuk mengehadkan sesuatu lesen di bawah seksyen 9

atau mengubah apa-apa had atau syarat di bawah seksyen itu; atau

(c)

untuk mengubah atau membatalkan apa-apa syarat, atau mengenakan apa-apa syarat baru di bawah seksyen 10, dia hendaklah memberikan pemegang lesen itu notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan jenis tindakan yang dicadangkan dan alasan yang berdasarkannya dia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan dia hendaklah memberi pemegang lesen peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2)

Selepas habis tempoh empat belas hari yang tersebut dalam subseksyen (1) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen di bawah subseksyen itu,

Pengawal hendaklah memutuskan—

(a)

sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;

(b)

sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya;

(c)

jika tindakan yang dicadangkan itu adalah untuk membatalkan lesen pemegang lesen itu, sama ada hendak mengehadkan lesen itu, sebagai ganti, di bawah seksyen 9; atau

(d)

jika tindakan yang dicadangkan adalah untuk mengehadkan lesen itu di bawah seksyen 9, atau untuk mengubah apa-apa had di bawah seksyen 9, atau untuk mengubah sesuatu syarat di bawah seksyen 10, sama ada untuk mengehadkan atau mengubah had atau untuk mengubah syarat itu dengan cara yang berlainan.

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 19

(2a)

Walau apa pun subseksyen (2), jika tiada representasi dibuat oleh pemegang lesen selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (1),

Pengawal boleh memutuskan untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2) atau (2a), dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemegang lesen itu.

Penyerahan balik lesen

Section 11 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993