Malaysia legislation

Section 12

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 12

(2)

Penyerahan balik sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Pengawal menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1) atau, jika suatu tarikh yang terkemudian dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh terkemudian itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika suatu lesen dibatalkan, pemegang lesen itu hendaklah menyerahkan lesennya secara penyampaian ke diri kepada Pengawal dalam masa empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemegang lesen di bawah subseksyen 11(3).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit;

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(5)

Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam suatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam suatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (4)(b).

Larangan ke atas penjalanan perniagaan jualan langsung apabila lesen dibatalkan, habis tempoh, atau diserahkan balik

Section 12 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993