Malaysia legislation

Section 23

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 23

(a)

hendaklah secara bertulis;

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(b)

hendaklah mengandungi, sebelum sahaja tempat yang diperuntukkan bagi tandatangan pembeli, pernyataan

“KONTRAK INI TERTAKLUK KEPADA TEMPOH

BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA”

yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times; dan

(c)

hendaklah ditandatangani oleh penjual dan pembeli kedua-duanya.

(2)

Jika sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan langsung dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa oleh penjual, orang itu hendaklah disifatkan sebagai penjual bagi maksud seksyen ini.

(3)

Seseorang pembeli yang membuat kontrak yang baginya subseksyen (1) terpakai hendaklah diberi salinan pendua selepas sahaja kontrak itu dibuat.

(4)

Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal.

(5)

Kegagalan mematuhi subseksyen (3) hendaklah menjadikan kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan pembeli.

Kandungan kontrak jualan langsung

Section 23 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993